• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Maut, Seorang Cedera Dalam Nahas 3 Lori

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang pemandu lori tangki maut dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di Kilometer 254.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.46 pagi itu, pemandu lori tangki, dipercayai membawa muatan lateks​​​​​​​, Mohd Umar Redaman, 48, dari Kajang, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu treler yang membawa muatan kayu, Asuan Taib, 30, cedera di bahagian kepala dan badan manakala pemandu lori tangki air dan kelindan tidak mengalami kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki air dalam perjalanan dari Senawang menuju hentian sebelah Senawang telah dirempuh dari belakang oleh lori tangki yang dipandu oleh Mohd Umar di lorong kiri.

Selepas insiden itu, katanya, lori tangki air dialihkan ke lorong kecemasaan manakala lori tangki yang melanggarnya masih berada di lorong kiri sebelum dirempuh oleh sebuah treler yang membawa muatan kayu.

Rempuhan itu menyebabkan treler itu terbalik dan melintang di tengah jalan, katanya.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk selama hampir dua jam apabila laluan dari Senawang ke Pedas Linggi itu terpaksa ditutup sepenuhnya.

Pihak polis dan pengendali Lebuhraya PLUS menyedia laluan alternatif sementara untuk pengguna lebuh raya ke selatan iaitu keluar melalui Plaza Tol Senawang dan melalui Rembau sebelum masuk semula ke lebuh raya melalui Plaza Tol Pedas Linggi.

Bagaimanappun, laluan lebuh raya di kawasan kemalangan itu dibuka selepas jam 9 pagi. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik didakwa tersilap apabila membuat 'content' untuk mengkritik keadaan jalan di...

Kasut Kurniaan Sultan Johor – Onn Hafiz

Pemimpin Hebat Akan Bubar DUN/Parlimen Awal, Yang Ditolak Rakyat Akan Bergayut Pada Kuasa Selama Boleh

01/07/2026
0

Oleh Mynewshub CEPLOS parti tertentu sibuk duk bertanya mengapa Onn Hafiz bubar DUN Johor awal....sebenarnya takda la awal mana pun...dah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd