• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NADMA Sedia 50,000 Kit Makanan Mangsa Bencana

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyediakan 50,000 kit makanan untuk diagihkan kepada mangsa bencana khususnya banjir di seluruh negara sepanjang musim tengkujuh ini.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pelaksanaan Operasi NADMA, Zakaria Shaaban berkata jumlah kit makanan yang disediakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu adalah sebagai permulaan dan ia akan ditambah jika keperluannya meningkat dari semasa ke semasa.

“Kit ini sebagai makanan tambahan mengandungi produk keluaran Agromas yang mudah disediakan seperti biskut, bihun kering, oats, sardin tin, bubur segera pelbagai perisa serta cawan dan sudu garfu plastik.

“Kita sedang dalam peringkat menghantar kit makanan ini ke lima depoh utama seluruh negara untuk diagihkan ke 165 stor bencana. Bagi mangsa banjir di Melaka, kira-kira 500 kit telah dihantar dan sedang diagihkan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses penyediaan kit makanan itu di depoh edaran FAMA, di sini hari ini.

Beliau berkata pengedaran kit berkenaan bukan hanya tertumpu kepada mangsa banjir tetapi juga bencana lain seperti tanah runtuh dan ia akan diberi kepada setiap ketua keluarga yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Mengulas mengenai persediaan menghadapi bencana termasuk banjir, Zakaria berkata kesiapsiagaan pihaknya termasuk pengurusan aset berada pada tahap tertinggi hasil latihan dan simulasi yang dijalankan sepanjang tahun.​​​​​​​

Sementara itu, Pengerusi FAMA Ishak Ismail berkata sebanyak 67,837 kit makanan disediakan pihaknya hasil kerjasama dengan NADMA sejak 2014, namun pada tahun ini sahaja, sebanyak 50,000 kit makanan perlu dibekalkan kepada mangsa bencana.

“Pertambahan jumlah kit ini menunjukkan keprihatinan kerajaan baharu terhadap kebajikan mangsa bencana khususnya banjir. Malah produk yang kita sediakan juga boleh digunakan dalam jangka masa panjang kerana bertarikh luput sekurang-kurangnya setahun daripada sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai stok bekalan makanan semasa musim tengkujuh, Ishak memberi jaminan bahawa stok yang merangkumi produk makanan basah mahupun industri asas tani adalah mencukupi.

Jelas beliau, pihaknya telah membuat sasaran peningkatan permintaan produk makanan semasa musim banjir dan semua pusat usahawan FAMA di seluruh negara telah diarahkan untuk sentiasa memastikan barangan berkenaan mencukupi bagi mengelakkan manipulasi harga. – BERNAMA

Tags: BanjirNADMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd