• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

oleh Ahmad Albab
21/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Pengurus Tok Gajah Datuk Mohammed Sufian Awang berkata, barisan kepimpinan tertinggi Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dan Dollah kini dalam peringkat menilai pemain.

“Ini kerana kami akan pastikan barisan pemain lebih mantap untuk melakar kejayaan membanggakan sekali gus meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik musim depan.

“Apa yang boleh saya katakan rata-rata pemain yang beraksi musim ini kekal bersama pasukan tetapi tidak menolak kemungkinan berlaku penambahbaikan dalam senarai pemain import.”

“Namun, segala keputusan bergantung kepada pengurusan kerana saingan Liga M musim depan dijangka lebih mencabar,” katanya.

Ditanya kemungkinan skuad Tok Gajah akan menyenaraikan pemain tempatan baharu, Mohammed Sufian berkata, beberapa pemain berminat untuk menyarung jersi Pahang.

Namun, katanya, tiada sebarang kata putus untuk mendapatkan khidmat mereka kerana ia terpeluang kepada taktikal skuad berkenaan.

“Segalanya diserahkan kepada jurulatih (Dollah) kerana beliau lebih mengetahui untuk memperkuatkan jentera serangan, tengah dan pertahanan musim hadapan,” katanya.

Musim ini, Pahang mencapai sasaran menjulang satu piala selepas dinobatkan juara Piala FA. Pencapaian dalam Liga Super pula ialah di tangga keempat dan terkandas di suku akhir Piala Malaysia. – BH ONLINE

Tags: Dollah SallehSkuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saman Anwar Terhadap MKN Bakal Didengar

Next Post

Budak 11 Tahun Rogol, Cabul 3 Kanak-Kanak

Related Posts

Dollah Salleh Kemalangan

18/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang...

Tok Gajah Mahu Ungguli Kumpulan D Piala Malaysia

17/08/2018
0

KUANTAN - Semangat juang skuad Pahang kian membara untuk merebut slot teratas Kumpulan D saingan Piala Malaysia apabila turun menentang...

Next Post

Budak 11 Tahun Rogol, Cabul 3 Kanak-Kanak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd