• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis, Askar Kepung Parlimen PNG Tuntut Bonus APEC

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT MORESBY, Papua New Guinea (PNG) – Polis dan askar PNG menyerbu bangunan Parlimen semalam dan memecahkan tingkap serta perabot kerana menuntut pemerintah membayar bonus Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), beberapa hari selepas sidang antarabangsa tersebut berakhir, kata polis dan saksi.

Kerajaan negara miskin itu bukan sahaja mengadakan sambutan karpet merah untuk pemimpin-pemimpin dunia semasa sidang dua hari itu, malah turut membeli 40 kereta mewah jenis Maserati bagi tujuan pengangkutan mereka.

“Kumpulan anggota polis dan tentera berkumpul di luar Parlimen bagi menuntut elaun APEC mereka,” kata jurucakap polis PNG, Dominic Kakas kepada agensi berita AFP. Menurutnya, pasukan polis lain sedang menangani isu tersebut.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan kecederaan,” ujar Kakas sambil menambah, beliau tidak pasti berapa ramai anggota polis dan tentera yang berhimpun di luar bangunan Parlimen di Port Moresby itu.

Seorang saksi bagaimanapun memberitahu AFP bahawa beratus-ratus anggota polis dan askar menunjuk perasaan di tangga Parlimen kerana menuntut bayaran elaun khas APEC berjumlah 350 kina (RM435).

“Situasi di luar Parlimen amat tegang. Terdapat berpuluh-puluh kenderaan polis dan tentera,” kata saksi berkenaan. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Papua New GuineaParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawapan PMX Di Parlimen Mengenai Isu Mafia Korporat Berpusing-Pusing – Rafizi

Jawapan PMX Di Parlimen Mengenai Isu Mafia Korporat Berpusing-Pusing – Rafizi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam berhubung...

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh memuat naik satu hantaran di media sosial yang menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd