• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Contohi Akhlak Mulia Rasullullah S.A.W – Tun Juhar

oleh
20/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mengajak seluruh umat Islam termasuk pemegang tampuk kepimpinan agar mencontohi akhlak mulia Rasulullah S.A.W demi kelangsungan pembangunan diri, keluarga dan negeri Sabah tercinta.

Tun Juhar berkata umat Islam amat bertuah kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung dan sejati serta memberi contoh teladan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk tatacara pemerintahan yang begitu bernilai.

“‘Rendah dirilah kepada manusia, duduklah bersama orang-orang miskin, nescaya kamu akan menjadi orang-orang besar di sisi Allah dan kamu akan keluar dari perasaan takbur’,”kata Juhar memetik hadis Rasulullah S.A.W ketika menyampaikan perutusannya pada majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar.

Terdahlu, Tun Juhar dan isteri serta Mohd Shafie menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul bersama kira-kira 10,000 umat Islam dari Avenue Sutera ke Masjid Negeri Sabah.

Menurut Tun Juhar, Rasulullah Muhammad S.A.W merupakan manusia agung yang menjadi lambang kepada kesempurnaan Islam, bukan sahaja cemerlang dari segi ibadat, sahsiah serta akhlak malah turut terserlah dari sudut kebijaksanaan dalam berpolitik dan pemerintahan.

“Islam tidak hanya ingin melahirkan ahli ibadah (‘abid) dan ahli ‘ilmuan (‘Ulama) akan tetapi turut melahirkan ahli politik dan pemerintah mengikut acuan wahyu dan hidayah Allah.Bukan juga ingin melahirkan pemimpin sekadar berjiwa rakyat, akan tetapi lebih dari itu berkemampuan untuk membimbing rakyatnya.

“Iaitu seorang pemimpin yang mengetahui dengan baik landasan mana yang harus diikutinya selama mana ia memerintah rakyatnya. Dalam setiap keputusannya, dipastikan untuk kemaslahatan rakyat, bukan diri sendiri,”katanya.

Menurut Tun Juhar pemimpinan yang memiliki kualiti kepimpinan seperti itu akan menyedari bahawa di bawah kekuasaannya adalah rayat namun pada masa sama menyedari bahawa ada Tuhan yang sentiasa memerhati dan menghisab segala tindak tanduknya serta perlakuannya.

Katanya kualiti kepimpinan itulah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Muhammad S.A.W dah hasil bimbingan dan didikan Rasulullah, kualiti kepimpinan itu turut diikuti parah sahabatnya termasuk Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.

Pada majlis berkenaan, Tun Juhar turut menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada Datuk Hanan Ramli bagi kategori lelaki dan Ustazah Zubaidah Jammadi bagi kategori wanita manakala Anugerah Khas Maulidur Rasul pula diberikan kepada Najion Jamil. – BERNAMA

Tags: Maulidur Rasul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Perbezaan Satu Kelebihan Tempuhi Cabaran – PM

20/10/2021
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar semua pihak berganding bahu ketika negara berdepan dengan cabaran...

Romantik Suami Isteri Itu Sunnah Rasulullah SAW

10/11/2019
0

SHAH ALAM - Sambutan Maulidur Rasul perlu dijadikan landasan meningkatkan rasa cinta, kasih kepada Rasulullah SAW selain menyuburkan rasa sayang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd