• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dalang Sindiket Penyeludupan Migran Di Timur Johor Dikenal Pasti

oleh
19/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengenal pasti dalang utama sindiket yang dipercayai terbesar dalam menguruskan penyeludupan migran di timur Johor.

Ia susulan penahanan seorang tekong darat warga Indonesia berusia 26 tahun dalam satu operasi pemantauan di pesisir Pantai Tanjung Lompat dan Perairan Desaru, Kota Tinggi kira-kira 5.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata operasi itu yang dilaksanakan bagi mengenal pasti lorong tikus digunakan sindiket penyeludupan keluar dan masuk migran turut menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipercayai hendak ke negara asal.

Dua puluh daripadanya adalah lelaki dan enam ialah perempuan, kesemuanya berusia lingkungan 18 hingga 46 tahun.

“Sindiket ini mengaut keuntungan yang besar dengan mengenakan bayaran dari RM1,000 hingga RM3,000 seorang tanpa mengambil kira keselamatan penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zulfadli berkata mereka yang ditahan dibawa ke jeti Zon Tanjung Sedili untuk pemeriksaan awal dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, Mohd Zulfadli ​​​​​memberitahu pihaknya turut menahan sebuah kapal tangki asing di perairan timur Johor pada 2 petang hari yang sama kerana didapati membawa sisa minyak atau barang buangan terjadual tanpa kebenaran Ketua Pengarah Alam Sekitar.

Beliau berkata kapal yang didaftarkan di Belize, Amerika Tengah itu turut membawa empat kru warga Indonesia berusia 27 hingga 40 tahun.

“Penahanan dibuat pada jarak 12 batu nautika timur Tanjung Lompat Desaru dan kes diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk disiasat di bawah Seksyen 33B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, melibatkan larangan terhadap penempatan serta peletakan barangan terjadual, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: migran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan, Pemaju Cari Titik Persetujuan Bagi Projek Di KL

Next Post

HPPC Bantu Atasi Masalah Lambakan Cendawan Di Terengganu

Related Posts

El Paso Isytihar Darurat Kerana Kebanjiran Migran

El Paso Isytihar Darurat Kerana Kebanjiran Migran

18/12/2022
1

EL PASO: Darurat diisytiharkan di El Paso semalam disebabkan ketibaan ratusan migran yang tidur di jalan raya dalam suhu sejuk...

Remaja 17 Tahun Didakwa Seludup 25 Migran Myanmar

Remaja 17 Tahun Didakwa Seludup 25 Migran Myanmar

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyeludup 25 migran warga Myanmar,...

Next Post

HPPC Bantu Atasi Masalah Lambakan Cendawan Di Terengganu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd