Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

Secret Recipe Tak Lagi...

KUALA LUMPUR - Secret Recipe Malaysia, rantaian kafe gaya hidup tempatan, telah menggantikan...

Lelaki Warga Nepal Ditahan...

MELAKA - Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Nepal selepas kira-kira dua jam...

Penyakit Kusta Catat Penurunan...

KUALA LUMPUR - Bilangan kes penyakit kusta mencatatkan penurunan bagi tempoh 2013 hingga...

Cabaran Menanti Kabinet Sangat...

RAKYAT diminta untuk memberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah...

Dalang Sindiket Penyeludupan Migran Di Timur Johor Dikenal Pasti

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengenal pasti dalang utama sindiket yang dipercayai terbesar dalam menguruskan penyeludupan migran di timur Johor.

Ia susulan penahanan seorang tekong darat warga Indonesia berusia 26 tahun dalam satu operasi pemantauan di pesisir Pantai Tanjung Lompat dan Perairan Desaru, Kota Tinggi kira-kira 5.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata operasi itu yang dilaksanakan bagi mengenal pasti lorong tikus digunakan sindiket penyeludupan keluar dan masuk migran turut menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipercayai hendak ke negara asal.

Dua puluh daripadanya adalah lelaki dan enam ialah perempuan, kesemuanya berusia lingkungan 18 hingga 46 tahun.

“Sindiket ini mengaut keuntungan yang besar dengan mengenakan bayaran dari RM1,000 hingga RM3,000 seorang tanpa mengambil kira keselamatan penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zulfadli berkata mereka yang ditahan dibawa ke jeti Zon Tanjung Sedili untuk pemeriksaan awal dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, dalam satu kes berasingan, Mohd Zulfadli ​​​​​memberitahu pihaknya turut menahan sebuah kapal tangki asing di perairan timur Johor pada 2 petang hari yang sama kerana didapati membawa sisa minyak atau barang buangan terjadual tanpa kebenaran Ketua Pengarah Alam Sekitar.

Beliau berkata kapal yang didaftarkan di Belize, Amerika Tengah itu turut membawa empat kru warga Indonesia berusia 27 hingga 40 tahun.

“Penahanan dibuat pada jarak 12 batu nautika timur Tanjung Lompat Desaru dan kes diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk disiasat di bawah Seksyen 33B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, melibatkan larangan terhadap penempatan serta peletakan barangan terjadual, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

Kategori