• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan, Pemaju Cari Titik Persetujuan Bagi Projek Di KL

oleh
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 74 projek pembangunan di Kuala Lumpur yang sedang dikaji Pusat Sehenti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diteruskan selepas kerajaan dan pemaju mencapai kata persetujuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata projek itu dihentikan kerana tidak mematuhi draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020.

“Kami mengendalikan setiap projek dengan merit sendiri. Terdapat beberapa projek yang menerima kelulusan sepenuhnya, namun akan dihentikan kerana tidak sejajar dengan KLCP 2020.

“Justeru, kami mengambil kira tahap kelulusan projek yang dicapai. Selepas itu, kami akan berbincang dengan pemaju bagaimana untuk meneruskannya secara bertolak ansur,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bukit Bintang City Centre (BBCC), di sini, hari ini.

Awal bulan ini, Khalid dilaporkan berkata, sebanyak 102 projek pembangunan diluluskan di bawah KLCP 2020 manakala 74 lagi masih dikaji.

Beliau berkata, sebanyak 74 projek masih disiasat untuk menentukan sama ada pemaju mematuhi atau melanggar syarat KLCP 2020 yang baru diwartakan.

Sementara itu, kerja pembangunan BBCC seluas 7.85 hektar masih diteruskan dengan kemajuan tapak bagi fasa satu mencecah 25 peratus setakat ini.

Fasa satu BBCC merangkumi pusat membeli belah dan podium runcit, pejabat strata dan pusat hiburan, dua blok pangsapuri perkhidmatan selain keseluruhan kerja infrastruktur termasuk terowong kenderaan bawah tanah.

Majlis penyerahan fasa pertama dijadualkan pada suku pertama 2021.

Projek BBCC dibangunkan bersama Eco World Development Group Bhd, UDA Holdings Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja secara usahasama 40:40:20. – BERNAMA

Tags: Khalid Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Ahli Parlimen KL Dilantik Anggota Majlis Menteri

30/05/2019
0

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebagai anggota Majlis Menteri...

Pelaburan Qatar Diintai Bagi Projek Kereta Nasional Ketiga

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini menjelaskan bahawa pihak yang berpotensi untuk melabur dalam projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd