• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Wanita Mereput Ditemui Di Kebun Kelapa Sawit

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Mayat seorang wanita yang sedang mereput ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Mantin, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdullah Roning berkata mayat wanita itu yang berpakaian kemeja-T berwarna putih dan berseluar panjang berwarna coklat ditemui di kawasan berkenaan pada 6.45 petang.

Katanya mayat Norini Sofian, 58, dijumpai telah membengkak dan pergelangan tangan kiri sudah tiada disyaki dimakan binatang.

“Barang kemas didapati tidak hilang. Terdapat seutas cincin di sebelah kiri mayat (atas tanah),” katanya di sini, hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati kes ini mempunyai persamaan dengan kes kehilangan seorang wanita yang mengalami penyakit saraf hilang selepas keluar dari rumah pada 11 Feb lepas.

“Pakaian yang dipakai oleh mangsa seperti dalam laporan ketika dia hilang adalah sama iaitu baju kemeja-T berwarna putih dan berseluar panjang berwarna coklat,” katanya.

Abdullah berkata anggota forensik tidak dapat membuat sebarang pemeriksaan lanjut disebabkan keadaan mayat yang agak reput.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd