• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eizlan Yusof, Isteri Sah Bercerai Talak Satu

oleh Ahmad Albab
18/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON yang juga ahli perniagaan, Datuk Eizlan Yusof disahkan bercerai talak satu dengan isterinya, Datin Vie Santie Harun oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Isnin.

Keputusan tersebut diputuskan hakim syarie Shaiful Azli Jamaluddin selepas mendapati lafaz diungkapkan Eizlan, 44, terhadap Vie, 29, pada September tahun lalu sah mengikut syarak.

Anak Ketiga Eizlan Yusof, Vie Zaalia

Dalam prosiding sama, mahkamah turut merekodkan perjanjian persetujuan antara kedua-dua mereka melibatkan nafkah edah yang diserahkan kepada budi bicara Eizlan dan tuntutan mutaah yang tidak akan dibuat Vie Santie.

Selain itu, Eizlan dan Vie bersetuju bahawa hak penjagaan ketiga-tiga cahaya mata hasil perkahwinan mereka diserahkan kepada Vie, namun Eizlan diberi hak untuk bersama dan bermalam dengan mereka pada bila-bila masa yang munasabah.

[TERDAHULU: Isteri Eizlan Yusuf Fail Pengesahan Lafaz Cerai]

18 November tahun lalu, Vie menfailkan permohonan pengesahan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Uundang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Mereka mendirikan rumahtangga pada Julai 2007 dan dikurniakan tiga anak; Vie Zaara, Zareef Yusuf dan Vie Zaalia.

– MYNEWSHUB.CC

Video Perkahwinan Eizlan Yusof Dan Vie Santie Harun

Tags: artis ceraikes mahkamahpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd