• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota PKR Diingatkan Jaga Amanah, Komited Agenda Reformasi

oleh Ahmad Albab
18/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedua-dua sayap PKR, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita senada mahu seluruh anggota parti menterjemahkan agenda reformasi dan memperkukuh parti yang kini menjadi sebahagian kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir negara.

Sambil mengingatkan bahawa agenda reformasi menjadi roh perjuangan PKR sejak ditubuhkan 20 tahun lepas, kedua-dua sayap itu juga mahu parti itu tidak hilang idealisme untuk memperjuangkan hak dan martabat rakyat dengan melaksanakan setiap amanah dengan baik.

Bekas Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad dengan tegas mengingatkan anggota dan pimpinan PKR agar memegang amanah serta tidak menyalahgunakan kuasa yang diberi oleh rakyat.

Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar presidennya semalam yang menasihatkan anggota parti supaya tidak hilang idealisme kerana kuasa, beliau berkata: “Keadilan adalah sebuah parti reformasi yang lahir daripada pengorbanan, jadi selepas rakyat beri kepercayaan dan keyakinan untuk mentadbir negara, kita jangan sesekali hilang idealisme tersebut.

“Parti UMNO yang mentadbir negara selama 61 tahun rosak sehingga ke akar umbi (kerana kuasa), kita baru sahaja beberapa bulan berkuasa, kita kena sentiasa ingat dan tidak hilang daripada ‘conscious’ kita,” katanya dalam penggulungan pada Kongres Nasional PKR Ke-13 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Menyentuh organisasi parti, Nik Nazmi yang juga Anggota Parlimen Setiawangsa, berkata parti perlu menyemak kembali cara pemilihan anggota kepimpinan supaya lebih praktikal.

“Kita kena lihat balik, mungkin kita hanya perlu membuat pemilihan untuk jawatan tertinggi yang dipilih melalui kaedah satu anggota satu undi dan yang lain kita kekalkan dengan sistem perwakilan sahaja kerana ia jadi tidak praktikal apabila banyak undi yang perlu dikira,” katanya.

Mengakhiri ucapannya, Nik Nazmi mengajak seluruh anggota AMK untuk terus ke depan dan tidak terlalu fokus kepada politik semata-mata sehingga akhirnya mengabaikan kebajikan rakyat.

Bekas Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata anggota akar umbi PKR di semua peringkat perlu memahami polisi kerajaan bagi membantu kepimpinan parti mereformasi pentadbiran negara dan penjawat awam.

Katanya langkah itu penting kerana ia akan dapat memperkukuh peringkat akar umbi dalam menyampaikan hasrat kepada pemimpin parti untuk melakukan pembaharuan dalam kerajaan.

“Sudah tiba masa kita memperkukuh parti dari peringkat akar umbi… ranting harus diperkukuh, cabang dipersusun dan negeri harus disatukan, kualiti anggota harus dipertingkat. Kalau nak parti maju, nak angkat perdana menteri kelapan (Datuk Seri Anwar Ibrahim), akar umbi mesti kukuh, mesti kuat. Kalau tak kukuh dan teratur, bagaimana nak angkat perdana menteri kelapan?,” katanya dalam ucapan penggulungannya.

Zuraida turut menyentuh kepimpinan bahawa Wanita PKR mempelopori agenda mengkhususkan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya ditandingi kaum hawa, sekali gus mememperkasa dan mengangkat wanita sebagai pembuat keputusan.

Menyatakan perubahan yang berlaku sejak 20 tahun lepas kini lebih positif, beliau berkata ​​​​​​​keupayaan wanita harus sentiasa diarusperdanakan kerana input wanita dalam melengkapkan pembangunan negara juga penting.

“Kita perlu realisasikan hasrat ini dengan penuh kesedaran dan bukan kebetulan. Keterlibatan wanita memcerminkan kita sebagai parti dan negara yang progresif,” katanya. – BERNAMA

Tags: AMKPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd