• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Desak Moorthy Lepas Jawatan

oleh Ahmad Albab
19/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy untuk melepaskan jawatan kerana didakwa berniat memecah belahkan perpaduan negara.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, berkata selaku pemimpin utama pertubuhan radikal Hindraf, Moorthy pernah memburukkan negara ke negara luar dengan menyebarkan kenyataan palsu berunsur fitnah dan menggambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi.

Katanya sehingga kini Moorthy tidak pernah menarik balik kenyataan dan tohmahan jahat yang dilakukan sebagaimana yang ditularkan melalui video berdurasi 2 minit 39 saat itu.

“Pemuda UMNO mendesak beliau (Moorthy) untuk melepaskan dan meletakkan jawatan selaku menteri secara terhormat dan bermaruah atas kegagalan menguruskan isu perkauman, keagamaan dan perpaduan dengan bijak.

“Malah imej radikal beliau ketika memimpin Hindraf hanya akan mengundang krisis keyakinan rakyat terhadap masa depan keharmonian negara berbilang agama dan kaum di negara ini.

“Selain itu beliau juga perlu menarik balik segala kenyataan fitnah dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas pengkhianatan beliau memburuk-burukkan negara di mata negara luar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pada 26 Oktober lalu, Moorthy, dilaporkan berkata Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun hadapan.

Namun, Perdana Menteri Tun, Dr. Mahathir Mohamad kemudian dilapor berkata rundingan membabitkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia adalah negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu.

Sementara itu, Asyraf juga berkata sifat Moorthy yang lebih cenderung untuk membangkitkan isu sensitif rakyat dikhuatiri akan menyebabkan permusuhan antara kaum.

“Lebih mendukacitakan apabila sejak menjadi menteri yang sepatutnya mempromosi perpaduan kaum dan pelbagai agama bertindak sebaliknya.

“Tindakan beliau untuk meratifikasi dan mengesahkan ICERD hanya menzahirkan kesombongan dan keangkuhan sungguhpun kerajaan sedar majoriti rakyat melihatnya sebagai suatu yang mencabar hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang sememangnya menjadi isu amat sensitif,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Pemuda UMNOSenator P. Waytha Moorthy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd