• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Balik: PTPTN Akan Teliti Input Dewan Rakyat

oleh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan meneliti semua cadangan yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pembayaran balik pinjaman, kata Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.

Katanya banyak input positif yang dikemukakan oleh wakil rakyat semasa membahaskan Belanjawan 2019.

PTPTN akan mengumumkan kaedah pembayaran balik pada Disember depan selepas meneliti semua perbahasan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Kerjaya 2018 anjuran Kolej Matrikulasi Perlis yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Dr Baiduriah Yaakub.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata agensi itu tidak mampu menunaikan janji menangguhkan pembayaran balik bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 kerana tidak mahu menjadi seperti ‘menang sorak, kampung tergadai’.

“Silap-silap PTPTN kena tutup sebab tidak ada duit beri pinjaman baharu,” katanya.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu, para peminjam bergaji RM1,000 ke atas dikehendaki membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. – BERNAMA

Tags: PTPTNWan Saiful Wan Jan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd