• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Bantu Kami Bunuh ‘Goliath’ – S/U Agung PKR

oleh
17/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kongres Nasional PKR kali ini dilihat sebagai satu acara penting kerana ia adalah kongres pertama diadakan selepas parti berusia 20 tahun itu mendapat kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata ia juga penting kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat kemunculan semula secara rasmi.

“Parti mencatat kemenangan paling manis pada PRU14. Perjalanan yang jauh menuju kejayaan bersejarah kami pada 9 Sept itu juga menyaksikan kebangkitan semangat kesukarelawan rakyat yang belum pernah berlaku sebelum ini. Sahabat baik saya beritahu saya, adalah kurang bijak bagi kami untuk mengharapkan hasil berbeza apabila kami masih melakukan perkara yang sama dan menggunakan kaedah yang sama.

“Di sini saya mahu mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada (Mohd) Rafizi (Ramli) dan pasukannya di INVOKEMALAYSIA kerana menjadi pengubah permainan,” katanya dalam ucapan alu-aluannya di Kongres Nasional PKR di sini hari ini.

Saifuddin Nasuiton berkata INVOKE menggembleng semangat sukarelawan dalam kalangan rakyat dan membantu parti itu berkempen secara lebih bijak, menyasarkan kerusi marginal dengan bantuan analisis data.

“Ia telah disimpulkan oleh satu artikel yang diterbitkan oleh Wall Street Journal pada 7 Mei 2018, Malaysia Elections: Opposition Seeks to Slay Goliath with Smarter Campaigning. Terima kasih, Rafizi dan pasukannya, dengan sumbangan anda kami sesungguhnya dapat bunuh Goliath,” katanya.

Saifuddin Nasution menegaskan PKR mengalu-alukan kemunculan semula Anwar sebagai presiden parti dan juga sebagai bakal perdana menteri. Anwar menang tanpa bertanding jawatan presiden dalam pemilihan PKR.

“Parti ini merasa ‘amat kecil’ berbanding perjalanan jauh dan penuh inspirasi yang ditempuh Anwar ‘dari penjara ke istana’ seperti yang beliau katakan. Bakal presiden kita, sekarang adalah Anggota Parlimen dan juga bakal memegang jawatan perdana menteri,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata beliau berharap kongres itu akan terus berperanan sebagai platform kukuh untuk membahaskan dasar-dasar yang akan membentuk masa depan negara.

“Saya yakin para perwakilan akan terus bercakap yang benar daripada hati mereka dan menzahirkan apa yang mereka rasa adalah yang terbaik untuk negara dan masa depan parti. Janganlah kita lupa alasan mengapa rakyat memilih kita – iaitu berkhidmat untuk rakyat dan menawarkan masa depan yang cerah untuk Malaysia,” katanya.

Turut hadir di kongres hari ini ialah wakil-wakil gabungan Pakatan Harapan (PH) termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu. – BERNAMA

Tags: Saifuddin Nasution Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih Untuk Bercuti

24/03/2022
0

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah adil orang yang pernah lari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd