• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terowong Smart Ditutup Jika Taburan Hujan Banyak

oleh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad menolak dakwaan terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) gagal berfungsi dengan baik ketika hujan lebat sebaliknya taburan hujan yang banyak pada satu-satu masa menyebabkan ia ditutup.

Khalid berkata terowong itu dapat mengelak masalah banjir kilat lebih teruk berlaku di sekitar Kuala Lumpur kerana ia dilengkapi dua lapisan pintu kawalan air automatik di kedua-dua penghujung terowong serta mampu menampung air banjir dan boleh dilalui semula beberapa jam kemudian.

”Untuk katakan terowong Smart tidak berfungsi dengan baik… sebenarnya kalau ia tiada, keadaan banjir akan jadi lebih teruk seperti yang pernah berlaku dahulu di Dataran Merdeka.

“Terowong Smart dapat kurangkan masalah banjir kilat di ibu kota tetapi kadang kala hujan yang terlalu lebat, aliran air tersekat ditambah pula sistem perparitan tersumbat menyebabkan aliran air tidak lancar,” katanya kepada pemberita pada acara larian ‘November Run 2018’ anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutuan di Pusat Kegiatan Masyarakat Kampung Sri Batu di sini hari ini.

Khalid mengulas isu berkenaan gambar yang ditular mengenai terowong Smart ekoran banjir kilat yang melanda jalan-jalan utama di sekitar ibu kota, beberapa hari lepas.

Menurut beliau, lambakan pembangunan di sekitar Kuala Lumpur juga menyukarkan usaha pembersihan sisa buangan yang menyebabkan sistem perparitan tersumbat ketika hujan lebat.

“Apabila banyak pembangunan dan tiada kolam takungan, pasir-pasir dan sampah akan tersekat ketika hujan lebat dan (menyebabkan) air tidak dapat mengalir ke sungai berhampiran.

“Sikap masyarakat yang suka buang sampah ke dalam sungai juga salah satu punca sistem perparitan tersumbat lalu air lambat mengalir dan menyebabkan banjir kilat,” katanya.

Khalid yang juga Anggota Parlimen Shah Alam berkata beliau telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat kajian bagi memastikan sistem perparitan sentiasa berfungsi dengan baik serta diselenggara bagi mengelak aliran air tersumbat ketika hujan lebat.

Sementara itu, Khalid berkata acara larian yang melibatkan pelajar tadika dan ibu bapa sekitar Kuala Lumpur itu bertujuan menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat serta memastikan kesihatan berada pada tahap optimum.

“Pada masa kini, bukanlah sukar melakukan aktiviti riadah kerana banyak taman-taman rekreasi yang disediakan oleh kerajaan selain boleh menyertai pusat gim berbayar,” katanya. — BERNAMA

Tags: Khalid Abdul SamadTerowong SMART
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Terowong SMART Rekod 22 Jam Lencong 5 Juta Meter Padu Air

21/12/2021
0

PETALING JAYA – Terowong Lebuh Raya SMART mencatatkan rekod tersendiri apabila diaktifkan selama 22 jam bagi melencongkan air Sungai Klang...

Caj Kesesakan Bagi Tol SMART Tak Begitu Bijak – Najib

27/06/2019
0

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoalkan logik melaksanakan caj kesesakan bagi Terowong SMART dan pengecualian tol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd