• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Dahulu Hanya Parti Nyamuk – Dr Wan Azizah

oleh
17/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata parti berkenaan telah bergerak jauh daripada sebuah parti yang digelar parti nyamuk kepada sebuah parti yang membentuk kerajaan kini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata sejak penubuhannya pada 1999, PKR telah melalui banyak cabaran dan berjaya mengharunginya, bertambah kuat dan akhirnya berjaya menukar kerajaan.

“Kita berjaya capai sesuatu yang dianggap mustahil,” katanya kepada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar terakhirnya sebagai presiden parti sebelum merasmikan Kongres Nasional PKR ke-13 di sini, hari ini.

PKR membuktikan pengaruhnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas apabila memiliki bilangan terbesar wakil rakyat dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu 50 anggota Parlimen selain 70 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di seluruh negara.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau yang mesra dengan panggilan Kak Wan sebak sehingga menitiskan air mata, menyeru anggota PKR kekal menjadi reformis, memperjuangkan hak rakyat seperti mana pada awal penubuhan parti yang hanya berjuang di jalanan.

Rata-rata perwakilan yang hadir turut memegang sepanduk ‘Terima Kasih Kak Wan’ dan melaungkan ‘reformasi’ berulang kali.

Ditanya mengenai perasaannya ketika menyampaikan ucapan berkenaan, Dr Wan Azizah berkata beliau terkenang perjuangan anggota-anggota PKR sepanjang 20 tahun penubuhan parti.

“Saya berasa sedikit emosi mengenangkan segala yang kami telah lalui. Mungkin itu sebahagian harga yang perlu kami bayar untuk menukar kerajaan namun itu juga sesuatu yang saya banggakan.

“Air mata ini gugur kerana rasa gembira, kerana saya lepaskan kedudukan dan tanggungjawab ketika parti sudah sampai ke tahap ini,” katanya.

Dr Wan Azizah adalah presiden pertama parti berkenaan yang ditubuhkan pada 1999 menggunakan nama Parti Keadilan Nasional (Keadilan) sementara Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diumumkan sebagai presiden secara rasmi esok selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan PKR kali ini.

Keadilan seterusnya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pimpinan Dr Syed Husin Ali untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2003 tetapi hanya diluluskan pada 2004 oleh Pendaftar Pertubuhan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 tahun 2004, PKR hanya memenangi satu kerusi menerusi Dr Wan Azizah di kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: PKRWan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd