• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hidupkan Kembali Jalan Hang Tuah, Kampung Morten

oleh Cj Mnh
16/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan menghidupkan kembali kawasan sekitar Jalan Hang Tuah dan Kampung Morten yang kini nampak suram, dengan menarik kedatangan lebih ramai pengunjung serta mengukuhkan kedudukan lokasi berkenaan sebagai produk pelancongan negeri itu.

Anggota Parlimen Kota Laksamana Khoo Poay Tiong berkata kawasan itu dahulunya merupakan lokasi tumpuan ramai, kerana sebelum ini stesen bas negeri terletak di belakangnya selain kawasan tumpuan lain seperti pusat membeli-belah dan pejabat kerajaan.​​​​​​​

Selain itu katanya sebelum ini juga beliau dimaklumkan peruntukan yang besar telah dibelanjakan menaik taraf Jalan Hang Tuah, namun sayangnya sehingga kini tidak banyak hasil yang dilihat terutamanya dari segi kedatangan pelancong ke kawasan itu.

“Langkah itu selaras dengan usaha mempelbagaikan produk pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2019 selain membantu peniaga di Jalan Hang Tuah meningkatkan pendapatan mereka.

“Pelan menyeluruh membangunkan dua kawasan berkenaan akan dirangka dalam masa terdekat sebelum pelaksanaannya dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pertubuhan Persatuan Usahawan Peniaga Jalan Hang Tuah oleh Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri di sini, hari ini.

Khoo berkata pembangunan dua lokasi tersebut juga mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan pelancongan di negeri itu seperti di Jonker Walk selain memberi pengalaman baharu kepada pelancong menikmati persekitaran kampung, makanan, adat dan budaya Melayu.​​​​​​​

Sementara itu, Norhizam berkata pihaknya akan mengadakan dialog bersama Pertubuhan Persatuan Usahawan Peniaga Jalan Hang Tuah yang mempunyai 78 orang ahli bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya.​​​​​​​

Beliau berkata penubuhan persatuan berkenaan secara tidak langsung memudahkan pembangunan, bantuan dan peruntukan yang boleh disalurkan kepada peniaga di jalan berkenaan.

“Kita sedia maklum kawasan ini kurang mendapat kunjungan orang ramai dan ia menyebabkan operasi perniagaan terjejas. Jadi di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang prihatin dengan nasib peniaga di sini, kita akan berusaha membantu mereka,” katanya.

Katanya perancangan awal yang mungkin dilakukan untuk menarik tumpuan ramai di kawasan itu termasuklah mewujudkan perniagaan trak makanan, menjual pelbagai makanan popular di negeri ini dan persembahan jalanan (busking). – BERNAMA 

Tags: Jalan Hang TuahKampung Morten
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Ekor Buaya Tembaga Didakwa Muncul Di Kampung Morten

Dua Ekor Buaya Tembaga Didakwa Muncul Di Kampung Morten

14/07/2024
2

MELAKA - Dua ekor buaya tembaga didakwa muncul di Sungai Melaka dekat Kampung Morten di sini pada pagi Ahad. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd