• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vandalisme Pam Air Punca Bah Di Stadium Shah Alam

oleh Cj Mnh
17/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengesahkan bahawa perbuatan vandalisme terhadap pam air menjadi punca berlakunya banjir kilat di pekarangan Stadium Shah Alam pada 27 Oktober lepas.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pemeriksaan mendapati komponen pam air itu seperti genset, bateri dan kabel dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini menyebabkan pam air yang dipasang untuk tujuan pencegahan banjir tidak dapat beroperasi.

“Susulan kejadian itu, pihak MBSA telah membuat tiga laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berhubung insiden kecurian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sebelum ini MBSA telah memasang pam air dan membina kolam takungan di lokasi strategik atau tempat pelepasan air di sekitar kawasan Stadium Shah Alam bagi mengelakkan kawasan berkenaan dinaiki air ketika hujan lebat.

Ekoran itu, MBSA telah menyediakan pam air sementara untuk mengepam air dari kolam takungan di sekitar Stadium Shah Alam untuk dialirkan ke sungai berhampiran.

“Pihak kami juga sudah hantar surat permohonan kepada Kerajaan Selangor pada 9 November lalu memohon peruntukan kewangan bagi melaksanakan kerja-kerja memperbaiki pam air yang rosak untuk mengelak kejadian banjir kilat berulang.

“Pihak MBSA mengingatkan kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak melakukan aktiviti vandalisme termasuk mencuri harta benda awam kerana ini merupakan kes jenayah dan boleh dibawa ke mahkamah,” katanya.

Pada 27 Oktober lepas, media melaporkan puluhan kenderaan yang diletakkan di parkir Stadium Shah Alam dan sekitar Seksyen 13 di sini, ditenggelami air kira-kira 0.3 meter selepas hujan lebat.

Banjir dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan selain sistem perparitan yang tidak mampu mengalirkan air ke sungai berhampiran. – BERNAMA

Tags: Banjirvandalisme
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

1,668 Pengguna Telekomunikasi Kuala Pilah Terjejas, ‘Radio Transport System’ Kena Curi

1,668 Pengguna Telekomunikasi Kuala Pilah Terjejas, ‘Radio Transport System’ Kena Curi

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 1,668 pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan terjejas berikutan aktiviti vandalisme dan kecurian ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd