• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selamat 11 Pekerja Asing Dianiaya Majikan

oleh Cj Mnh
17/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis berjaya menyelamatkan 11 lelaki pekerja asing yang dianiaya majikan mereka dengan dibayar gaji murah tanpa sebarang kemudahan lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada enam lelaki Bangladesh dan lima Myanmar berusia 25 hingga 40 tahun itu diselamatkan dalam serbuan polis di sebuah kilang di Ara Kuda di sini pada jam 4.30 petang semalam

“Dalam serbuan itu polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 20 hingga 21 tahun dipercayai majikan mereka yang telah mengeksploitasi pekerja warga asing di kilang berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja asing itu telah bekerja di kilang kayu getah itu sejak satu hingga lima tahun dan tidak dibayar gaji pokok serta hanya menerima upah memotong kayu getah sebanyak RM35 hingga RM45 bagi setiap tan kayu yang dipotong.

Mereka juga hanya diberi rehat satu hari setiap minggu dan tidak diberikan penginapan yang sesuai sebaliknya hanya tinggal di pondok buruk di tepi kilang yang dibuat daripada bahan terpakai.

Nik Ros Azhan berkata selain itu, pekerja asing berkenaan hanya diberi ubatan dari kedai runcit jika sakit dan mereka juga didapati tiada perlindungan insurans walaupun pekerjaan berisiko tinggi kerana melibatkan mesin pemotong kayu.

“Kesemua mangsa tidak menyedari bahawa upah yang diterima murah dan hak sebagai pekerja tidak diberikan malah mereka terpaksa bertahan untuk bekerja di kilang berkenaan memandangkan mangsa tiada dokumen serta permit kerja yang sah,” katanya.

Beliau berkata siasatan juga mendapati semua pekerja asing itu tidak dibenarkan keluar dari kawasan kilang berkenaan dan wang gaji mereka akan ditolak jika engkar arahan majikan di situ.

Pemilik kilang itu dipercayai mengaut keuntungan ribuan ringgit kerana gaji sepatutnya yang dibayar ialah bagi setiap tan kayu getah yang dipotong antara RM60 hingga RM100 dan sehari seorang pekerja boleh memotong sehingga satu tan kayu, katanya.

Beliau berkata semua pekerja asing itu dihantar ke Jabatan Imigresen untuk didokumentasi manakala tiga lelaki tempatan berkenaan direman empat hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: aniayapekerja asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd