• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chew Mei Fun Wanita Pertama S/U Agung MCA

oleh Cj Mnh
16/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti MCA mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai setiausaha agungnya yang baharu, wanita pertama menjawat jawatan itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut mengumumkan dan memperkenalkan individu-individu yang memegang jawatan dalam jawatankuasa pusat parti di mana 60 peratus daripadanya adalah muka baharu.​​​

Ini termasuklah Nicole Wong Siaw Ting wanita pertama menjadi Pengerusi Pemuda dan tujuh orang yang lain yang dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan negeri.

“Ini adalah bagi memberi peluang kepada pemuda dan wanita mentadbir parti dan membentuk pemimpin pelapis serta sebagai pembaharuan kepada parti.

“Walau bagaimanapun saya akan memberi masa setahun kepada ahli jawatankuasa pusat dan ahli jawatankuasa kecil untuk menunjukkan prestasi yang baik,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pusat yang diadakan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri yang termuda yang diumumkan ialah Chew Sir Boon dari Terengganu berusia 27 tahun.

Mesyuarat berkenaan adalah mesyuarat jawatankuasa pusat MCA yang pertama selepas mengadakan pemilihan pada 4 November.

Wee yang juga Anggota Parlimen Ayer Hitam itu juga berkata sasaran partinya itu selepas ini adalah untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Sebab itulah kami ‘melabur’ pada pemimpin muda kerana ia adalah persediaan bagi pilihan raya akan datang,” katanya.

Antara jawatan yang diumumkan selepas mesyuarat berkenaan ialah Pengerusi Wanita, Datuk Heng Seai Kie, Bendahari Agung, Datuk Lee Chee Leong dan Setiausaha Pengurusan Kebangsaan, Ling Tian Soon. – BERNAMA

 

 

 

Untuk pengiklanan bersama MYNEWSHUB sila hubungi ; 

Fatin di nombor 0146372578

Tags: setiausaha agung MCAwanita pertama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Wanita Pertama AS Meninggal Dunia

19/04/2018
0

BEKAS Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Barbara Bush, meninggal dunia pada Selasa, dalam usia 92 tahun. Barbara ialah satu-satunya wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd