• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkat Risikan Perangi Penjenayah Rentas Sempadan

oleh Cj Mnh
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Perisikan Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) perlu dipertingkatkan dalam usaha memerangi elemen jenayah rentas sempadan.

Komander ESSCom, Datuk DCP Hazani Ghazali berkata perkara itu kerana penjenayah rentas sempadan menjadikan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sebagai sasaran utama terutama kepada kru bot nelayan dan pusat pelancongan.

“Tanpa perisikan yang mantap dan kukuh kita tidak boleh melaksanakan apa-apa walaupun pasukan kita memiliki aset-aset yang canggih dan keanggotaan yang lengkap.

“Apabila saya mengambil alih jawatan Komander ESSCom, saya memberi tumpuan serta fokus kepada intelligent dulu, mula gerakan dan susun atur serta berhubung dengan semua pihak berkaitan dengan intelligent, untuk kita merancang dan memantapkan aspek perisikan termasuk melaksanakan operasi-operasi yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hazani berkata Timbalan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Adnan Abdullah dilantik sebagai Ketua Staf Perisikan Kawasan ESSCOM yang baharu berkuat kuasa pada Isnin depan.

Menurut Hazani, perlantikan Adnan, 58, itu bagi menggantikan SAC Datuk Hashim Justin yang bersara wajib pada 17 November ini selepas berkhidmat selama 39 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

“Datuk Hashim banyak main peranan membantu dalam merencana pengoperasian risikan yang dilaksanakan oleh ESSCOM,” katanya berharap Adnan turut sama dapat mengetuai unit risikan ESSCom dengan lebih baik. –BERNAMA

 

 

 

Untuk pengiklanan bersama MYNEWSHUB sila hubungi ; 

Fatin di nombor 0146372578

Tags: Esscomsempadan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

Kes Bunuh Pegawai Polis Thailand: PDRM Terus Pantau Sempadan

Kes Bunuh Pegawai Polis Thailand: PDRM Terus Pantau Sempadan

27/01/2025
0

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan pemantauan di sempadan, susulan dua suspek kes bunuh seorang pegawai kanan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd