• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Diminta Selesai Isu Sijil Lahir, MyKad Di Long Pasia

oleh Cj Mnh
16/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIPITANG – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta kerjasama pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyelesaikan masalah suku kaum Lundayeh di Long Pasia, dekat sini yang tidak mempunyai sijil lahir dan kad pengenalan.

“Hari ini saya membuat lawatan ke sini dan ada penduduk setempat yang berjumpa mengadu bahawa sehingga kini mereka tidak mempunyai sijil lahir serta kad pengenalan.

“Mereka bukan pendatang asing…mereka ini orang tempatan yang telah tinggal di kampung ini sejak berpuluh tahun lepas. Oleh itu kita harus selesaikan masalah ini dan kita minta kerjasama pihak berwajib untuk datang ke Long Pasia kerana mereka tidak boleh ke Kota Kinabalu kerana terlalu jauh dan jalan raya yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan kunci bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pasia dan melawat beberapa kawasan di kampung berkenaan hari ini.

Mohd Shafie berkata ketiadaan sijil lahir dan kad pengenalan itu perlu diselesaikan kerana ia akan mendatangkan masalah kepada persekolahan anak-anak.

Mengulas mengenai lawatan ke Kampung Long Pasia, beliau berkata ia adalah lawatan pertama beliau ke kampung berkenaan untuk melihat sendiri keadaan dan masalah yang dihadapi di situ.

“Dalam lawatan ini saya juga telah menyempurnakan majlis penyerahan bangunan baharu SK Long Pasia dan pada masa yang sama saya dapati masih banyak kekurangan di sekolah ini.

“Oleh itu saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk membina kantin dan bangunan pentadbiran SK Long Pasia. Selain itu, saya meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk menaik taraf gereja Sidang Injil Borneo Long Pasia,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob supaya dibuka semula operasi Lapangan Terbang Long Pasia yang ditutup sejak sekian lama, Mohd Shafie berkata usaha untuk majukan pelancongan di kawasan itu perlu dilakukan sebelum mempertimbangkan cadangan berkenaan.

“Apa yang penting kita perlu majukan produk pelancongan terlebih dahulu… ada tempat tinggal, tempat makan, dan perlu mewujudkan pusat tarikan pelancong.

“Tempat ini (Long Pasia) sangat cantik dan masih banyak perkara yang boleh dilakukan seperti membangunkan industri ternakan dan industri bambu,” tambahnya.

Long Pasia terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Sipitang, kampung ini bersempadan antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan Timur, Indonesia, yang dihuni kira-kira 1,000 penduduk.

Long Pasia terletak kira-kira enam jam perjalanan dari Pekan Sipitang hanya boleh dilalui jalan hutan balak dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. – BERNAMA

 

 

 

Untuk pengiklanan bersama MYNEWSHUB sila hubungi ; 

Fatin di nombor 0146372578

Tags: JPNLong Pasia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd