• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didenda RM5K Jual 245 Unit Pelembap Bibir Tiruan

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat yang menjual barangan kosmetik didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 245 unit pelembap bibir tiruan jenama Vaseline, tahun lepas.

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas wakil syarikat Zaid & Rafiq Brothers Sdn Bhd, Rashdan Ab Ghani ,46, selaku Orang Kena Saman (OKS), yang juga pengarah syarikat berkenaan, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Syarikat itu didakwa dalam milikannya untuk pembekalan barang-barang iaitu Vaseline Lip Therapy (Original) 220 unit dan Vaseline Lip Therapy (Cocoa Butter) 25 unit yang baginya suatu dagangan palsu digunakan berhubungan dengan cap dagangan berdaftar Vaseline.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis Zaid & Rafiq Brothers Sdn Bhd, Lot. 6.21, tingkat enam, Plaza GM, Lorong Haji Taib di sini pada 12.05 tengah hari, 31 Okt, 2017.

Syarikat itu dituduh mengikut Seksyen 8 (2) (c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 (2) (A) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Nurul Azrina Mohamed Yusof memohon hukuman berat terhadap syarikat itu dengan alasan kesalahan ini boleh menjejaskan kepentingan awam.

“Penjualan barangan kosmetik tiruan boleh memudaratkan kesihatan pengguna dalam kes ini syarikat itu telah menjual pelembap bibir tiruan yang boleh mendatangkan risiko kanser dan bibir bengkak,”katanya.

Bagaimanapun, OKS yang mewakili syarikat itu memohon hukuman denda minimum kerana keuntungan syarikat tidak bergitu memuaskan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian sepasukan anggota penguatkuasa dari KPDNKK telah melakukan pemeriksaan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 di premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat barangan tiruan kosmetik menggunakan cap dagangan Vaseline disyaki palsu dipamerkan di rak untuk tujuan jualan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: dendasyarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd