• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Membunuh

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang penganggur hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh membunuh seorang kerani Pejabat Tanah dan Galian Pahang, awal bulan ini.

Hasnan Wahab, 35, dari Taman Sungai Karang memberitahu Majistret Nor Azizah Aling bahawa dia memahami pertuduhan itu yang dibacakan kepadanya dalam Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandang ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hasnan dituduh membunuh M. Shuhairi A.Wahab, 35, di sebuah rumah di Perumahan Pandan Indah di sini antara pukul 12 tengah hari dan 5.50 petang 2 Nov.

Dia ditangkap pada 3 Nov.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalalan.

Nor Azizah menetapkan 14 Dis sebagai tarikh sebutan untuk laporan forensik dan bedah siasat dan beliau tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pada 3 Nov, media melaporkan mayat M. Shuhairi dijumpai dalam sebuah bilik tidur di rumah itu. Mangsa dipercayai telah dibunuh sebelum biliknya dibakar.

Mayat mangsa dijumpai pasukan bomba yang tiba untuk memadamkan kebakaran, yang turut menjumpai longgokan pakaian terbakar di atas badan mayat.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan turut mendedahkan bahawa selain kesan terbakar, terdapat juga kesan kecederaan di kepala dan badan yang dipercayai disebabkan benda tumpul. – BERNAMA

Tags: kes bunuhPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd