• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piya Sedia Terima Lamaran Untuk Musim Depan

oleh
15/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya sedia terima lamaran daripada mana-mana pasukan yang berminat ke atas dirinya pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Kontrak perancang tengah skuad The Red Warriors (TRW) itu tamat pada hujung bulan ini dan pemain berusia 36 tahun itu berkata beliau bersedia menyarung jersi mana-mana pasukan bagi menghadapi saingan musim depan.

Bagaimanapun, beliau menafikan khabar angin kononnya beliau akan menyertai Terengganu FC dalam saingan Liga Super musim depan.

Beliau berkata tiada sebarang tawaran atau perbincangan diadakan dengan pasukan naib juara Piala Malaysia itu.

“Khabar angin ini tidak benar dan saya sendiri masih belum dihubungi mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman perlawanan persahabatan amal, ‘Yakult Charity Game’ antara pasukan Pilihan Piya dan Legenda Kelantan, di sini, hari ini.

Aksi persahabatan tajaan sepenuh oleh syarikat minuman probotik Yakult (M) Sdn Bhd itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam esok bagi mengisi tabung Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Yaatim) dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Pekayatim).

Turut hadir Pengarah Urusan Yakult, Hiroshi Hamada dan ketua pasukan Legenda Kelantan, Hashim Mustapha.

Sementara itu, mengulas perlawanan amal tersebut, Piya berkata ia bagi memberi peluang kepada peminat bola sepak di negeri ini untuk mengenali pemain-pemain legenda yang pernah mengharumkan nama Kelantan.

Katanya, antara pemain yang akan menyertainya termasuklah Daudsu Jamaluddin, Mohd Fitrie Omar, Zairul Fitri dan Faizal Abu Bakar.

Bagi ketua pasukan Legenda Kelantan, Hashim Mustapha, perlawanan itu juga akan menonjolkan muka-muka lama yang pernah mengharumkan Kelantan di era 80-an seperti Zahasmi Ismail, Anuar Rojib dan Zami Mohd Nor.

Dalam pada itu, Hiroshi berkata orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan tersebut hanya perlu membeli satu paket Yakult berharga RM1 sebagai tiket untuk tempat duduk terbuka dan barangan Yakult berharga RM5 untuk tempat duduk di astaka. – BERNAMA

Tags: Piya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piya ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Pasukan Kelantan

09/04/2019
0

KOTA BHARU - Pemain Kelantan Mohd. Badhri Mohd. Radzi membuat keputusan mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas memutuskan meninggalkan...

Piya Sah Sertai Perlis Musim Depan

14/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi sah menyertai pasukan Perlis yang akan bersaing dalam Piala Persatuan Bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd