• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piya Sah Sertai Perlis Musim Depan

oleh
14/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi sah menyertai pasukan Perlis yang akan bersaing dalam Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim depan.

Penyertaan bekas pemain kebangsaan yang lebih mesra dengan panggilan ‘Piya’ ke dalam skuad Singa Utara itu dimaklumkan laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) iaitu NorthernLions Perlis, hari ini.

Selain Mohd Badhri, PFA turut berjaya mendapatkan khidmat dua bekas pemain kebangsaan iaitu Mohd K Amirizdwan Taj Tajuddin dari Kelantan dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri (PKNS FC), selain Fahrul Razi Kamaruddin dari kelab Sime Darby FC yang telah menarik diri daripada Liga Malaysia susulan masalah kewangan.

PFA sebelum ini mengumumkan pelantikan bekas jurulatih kelab bola sepak Kementerian Kewangan (MOF FC), Manzoor Azwira Abdul Wahid sebagai pengendali baharu skuad Singa Utara pada musim depan.

Manzoor bukanlah nama asing untuk pasukan utara tanahair berkenaan kerana pernah membantu pasukan itu muncul juara Liga Super 2005 selain Piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 2004 dan 2006.

Untuk rekod, Perlis gagal mara ke peringkat separuh akhir Piala FAM 2018 setelah menduduki tangga tercorot dalam kumpulan B dalam saingan pusingan awal pertandingan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Piya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piya ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Pasukan Kelantan

09/04/2019
0

KOTA BHARU - Pemain Kelantan Mohd. Badhri Mohd. Radzi membuat keputusan mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas memutuskan meninggalkan...

Piya Dakwa KAFA Belum Lunas Tunggakan Gaji

09/12/2018
0

KOTA BHARU - Bekas ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi mendakwa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum melunaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd