• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kabinet Baru 6 Bulan, Saya Belum Timbang Rombak”

oleh
17/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau belum mempertimbangkan untuk melakukan rombakan pada Kabinet yang baru berusia enam bulan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu ditanya tentang kemungkinan Kabinet dirombak berikutan PKR, satu daripada parti komponen dalam pakatan itu, baru selesai mengadakan pemilihan jawatan dalam parti.

“Saya tidak akan melakukannya (rombakan), tetapi Pakatan Harapan mungkin mahu. Mereka mungkin mahu, mereka mungkin desak. Jadi, saya perlu pertimbangkan. Bagaimanapun bagi diri saya, saya belum buat keputusan berkaitan rombakan,” katanya di akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini hari ini.

Ditanya ‘siapa’ yang mereka maksudkan itu, Dr Mahathir berkata : “Mereka adalah parti lain. PKR atau DAP atau AMANAH.”

“Adalah sukar untuk menilai prestasi menteri Kabinet. Saya tidak mahu melakukan pertukaran kerana ia membawa kepada kurang keyakinan,” katanya.

Oleh sebab timbul kebimbangan tentang prestasi sesetengah menteri, Dr Mahathir berkata mereka akan diberi peluang.

“Mereka masih baharu dan kami perlu berbincang dengan mereka. Saya mesti akui bahawa mereka tidak biasa berada dalam kerajaan. Mereka lebih biasa dengan keadaan sebagai pembangkang. Jadi, ada antara perkara yang mereka lakukan mencerminkan kedudukan mereka sebagai pembangkang.”

Ditanya selama mana beliau bersedia memberi mereka masa, Dr Mahathir berkata : “Saya tidak pasti.” – BERNAMA

Tags: kabinetMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd