• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Melindungi Syarikat Udara Tempatan

oleh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Kerajaan tidak akan melindungi syarikat penerbangan tempatan di tengah-tengah persaingan dengan syarikat penerbangan asing yang memilih untuk beroperasi di Malaysia, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Sebaliknya katanya, lebih banyak syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia akan mempromosikan persaingan yang sihat.

“Kita mengalu-alukan persaingan dan kita ingin melihat lebih banyak persaingan. Kita tidak melindungi. Kita mahukan pasaran yang kompetitif, bukannya pasaran yang dlindungi,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung syarikat penerbangan kos rendah terbesar India, IndiGo, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di terminal dua (klia2), hari ini.

Pesawat Airbus A320 yang membawa 140 penumpang itu diberikan sambutan tradisional meriam air sebaik mendarat di lapangan terbang berkenaan pada jam 10.34 pagi.

Mengalu-alukan IndiGo sebagai syarikat penerbangan penumpang ke-59 yang beroperasi dari KLIA, Loke berkata, beliau yakin bahawa syarikat penerbangan India itu yang ditubuhkan pada 2005 akan memberikan sumbangan kepada pergerakan penumpang di KLIA.

“Kita melihat India sebagai pasaran besar yang boleh diterokai dan melihat pertumbuhan bersama untuk menawarkan tambang rendah, bebas masalah serta lebih kekerapan dan pergerakan,” katanya

Katanya, Malaysia menyasarkan untuk menarik 1.9 juta pelancong dari India dalam masa beberapa tahun. Pada 2017, kira-kira 552,000 pelancong India melawat Malaysia.

Loke juga mencadangkan IndiGo meningkatkan operasi penerbangannya dan terbang ke destinasi lain di Malaysia termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan Johor.

“Ini akan memberikan sambungan yang hebat dan kedudukan Malaysia sebagai hab global yang diminati,” katanya.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd, Raja Azmi Raja Nasuddin dan Ketua Pegawai Komersial IndiGo, William Boulter. — BERNAMA

Tags: Anthony Loke
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd