• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Ditahan Di Parit Miliki Ketum 90 Kilogram

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Polis menahan seorang penganggur kerana memiliki daun ketum seberat 90 kilogram dalam satu rondaan di Jalan Datok Paduka Raja di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan apabila didapati berada dalam keadaan mencurigakan ketika polis membuat rondaan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 11 pagi.

“Ketika ditahan dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dipercayai untuk menghantar bekalan itu ke sana,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut di bahagian belakang tempat letak barang Toyota SEG yang dipandu lelaki itu menemui 13 bungkusan plastik hitam disyaki daun ketum yang bernilai RM1,800.

Mohamad Zainal berkata ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati negatif dadah dan semakan turut mendapati lelaki itu tiada rekod lampau.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.- BERNAMA

Tags: ketumPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd