• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 100% Parti Tempatan Boleh Ada Di Sarawak

oleh Cj Mnh
14/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mencadangkan agar hanya parti 100 peratus berasaskan Sarawak dibenarkan bergerak di negeri ini.

Sehubungan itu, kata beliau, mungkin ia sesuatu yang mendesak dan perlu untuk galak penubuhan parti pembangkang baharu yang berasaskan Sarawak sepenuhnya serta tidak bersekutu dalam apa jua cara pun dengan parti politik bukan dari Sarawak untuk menyertai politik di negeri ini.

“Bagi kami GPS (Gabungan Parti Sarawak), kami benar-benar sebuah parti berasaskan Sarawak dan diterajui hanya oleh anak Sarawak,” kata Abang Johari, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Hari ini, kami tidak ada parti pembangkang yang 100% berasaskan Sarawak dan Pakatan Harapan (PH) Sarawak hanya merupakan Pakatan Harapan kebangsaan cawangan Sarawak, yang berpusat di Semenanjung Malaysia.

“Dengan pemimpinnya daripada Persekutuan Tanah Melayu,” jelas beliau dan menambah bahawa PH Sarawak hanya boleh bersuara dengan amat sedikit tentang dasar kebangsaan bagi pihak Sarawak.

“Kita telah belajar daripada sejarah tentang bahayanya Sarawak jadi terlalu rapat dengan parti daripada parti dari Semenanjung hingga terpaksa tunduk kepada politik kebangsaan,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Beliau berkata mereka juga tidak mahu bukan orang Sarawak mempengaruhi Sarawak di belakang tabir dan dalam konteks PBB, jelas beliau, “kami sentiasa membantah UMNO daripada melebarkan sayapnya ke Sarawak dan perkara ini akan terus menjadi dasar kami.”

Jelas Abang Johari, oleh itu, adalah tidak silap apabila beliau menyekat mereka yang bukan merupakan orang Sarawak daripada memasuki negeri ini, dan mendakwa mereka mungkin berada di negeri ini bagi membangkitkan sentimen dan emosi yang boleh memusnahkan keharmonian dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Sarawak.

“Risiko terdapat anasir yang mengganggu keamanan dan keharmonian kita adalah antara sebab utama saya tidak akan melepaskan hak Sarawak untuk mengawal dasar imigresen kita,” tegas beliau. – BERNAMA

Tags: parti tempatansarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd