• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suntikan Baharu Pulihkan Imej Pulau Besar – Exco

oleh
14/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Status sebagai pulau bebas cukai dan hub produk koko adalah antara pelan jangka panjang bagi menghidupkan kembali Pulau Besar sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan di negeri ini.

Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata pelan yang dijangka siap pada suku pertama tahun depan itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri bersejarah ini selain merancakkan lagi pertumbuhan sektor ekonomi negeri.

Beliau berkata Lembaga Koko Malaysia juga telah menawarkan dua pilihan kepada kerajaan negeri sama ada penanaman koko secara Agro pelancongan atau menjadi hub perdagangan koko.

“Pulau Besar memerlukan suntikan baharu bagi memastikan ia terus relevan di samping menangkis persepsi negatif pulau berkenaan yang sebelum ini dilabelkan sebangai tempat aktiviti kurafat dan syirik.

“Justeru, kerajaan negeri akan mengambil kira pelbagai aspek termasuk penghasilan produk koko sendiri (jenama tempatan) apabila telah dimuktamadkan, Namun ianya tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini hari ini.

Mohd Rafiq berkata satu jawatankuasa pemandu pembangunan dan penjenamaan semula Pulau Besar yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Menteri Adly Zahari telah diwujudkan bagi merealisasi dan mempercepat pelaksanaan cadangan itu.

“Perancangan pembangunan berkenaan membabitkan beberapa agensi termasuk Unit Perancang Ekonomi Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Jabatan Kerja Raya,

“Bagaimanapun, kesemua cadangan tersebut akan dikaji dan teliti untuk memberikan impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi dan statistik kedatangan pelancong di negeri itu,” katanya.

Beliau berkata perancangan pembangunan berkenaan mendapat kerjasama daripada pemilik persendirian Syarikat Pembangunan Pulau Bertuah Properties Sdn Bhd yang mempunyai 3/4 keluasan tanah di pulau tersebut. – BERNAMA

Tags: Pulau Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pulau Besar Bebas Cukai Tidak Lama Lagi

02/08/2018
0

AYER KEROH - Kerajaan Melaka akan menjenamakan semula Pulau Besar di sini, termasuk memohon status penuh sebagai pulau pelancongan bebas...

Berbincang Atasi Isu Khurafat Di Pulau Pesar

10/02/2018
0

MELAKA - Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) perlu mengadakan perbincangan yang lebih teliti dan libatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd