• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Besar Bebas Cukai Tidak Lama Lagi

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Kerajaan Melaka akan menjenamakan semula Pulau Besar di sini, termasuk memohon status penuh sebagai pulau pelancongan bebas cukai untuk menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata langkah itu diyakini mampu mengubah persepsi dan reputasi pulau terbabit daripada terus dikaitkan dengan perkara seperti khurafat dan keramat.

“Kerajaan negeri berhasrat membangunkan Pulau Besar sebagai destinasi pulau pelancongan terkemuka seperti Pulau Langkawi dan ia (pembangunan) tidak akan berlaku dalam sekelip mata seperti pulau di negeri Kedah itu.

“Bagi status pulau bebas cukai, Pulau Besar sudah diberi hak (bebas cukai) yang agak konvensional sebelum ini iaitu bagi penjualan minuman keras dan rokok. Jadi, kita mahu ia diperluaskan lagi, termasuk produk berasaskan barangan elektrik, coklat, pinggan mangkuk dan kosmetik,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Adly juga mahu Pulau Besar mempunyai produknya tersendiri untuk ditawarkan, termasuk sebagai hab produk berasaskan coklat susulan kedudukan negara ini sebagai antara negara pengeluar koko.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan sebarang bentuk pelaburan baharu, termasuk bagi pembangunan industri koko di pulau berkenaan.

“Kita akan mengadakan perbincangan dalam tempoh terdekat dengan tokoh korporat, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah yang mempunyai kira-kira 85 peratus kepentingan pembangunan dan tanah di pulau itu, selain ia turut dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

“Ia bagi membincangkan status tanah serta pelan pembangunan yang boleh dibuat di pulau berkenaan,”katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga berhasrat mewartakan kawasan saluran paip di pulau itu sebagai kawasan larangan menangkap ikan susulan masalah kerosakan dan kebocoran saluran paip yang terpaksa ditanggung Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). – BH Online

Tags: Bebas CukaiPulau Besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arak, Rokok Dikecuali Dari Senarai Bebas Cukai Di Pangkor

22/04/2019
0

IPOH - Minuman keras dan rokok mungkin dikecualikan daripada senarai item atau barangan yang akan menikmati bebas cukai di Pulau...

Suntikan Baharu Pulihkan Imej Pulau Besar – Exco

14/11/2018
0

MELAKA - Status sebagai pulau bebas cukai dan hub produk koko adalah antara pelan jangka panjang bagi menghidupkan kembali Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd