• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Cukai Taksiran Disebabkan Ubah Suai Rumah

oleh Cj Mnh
14/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kadar cukai taksiran yang diterima sesetangah pihak bukan disebabkan kerajaan negeri menaikkan cukai tersebut sebaliknya ia disebabkan pengubahsuaian yang telah dijalankan terhadap rumah berkenaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata kenaikan itu juga disebabkan pihak berkuasa tempatan ketika ini sedang buat proses pemutihan dan mana-mana rumah kediaman yang telah diubah suai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi.

“Kenaikan itu sebenarnya berlaku sebab apabila ada proses pengubahsuaian rumah dan rumah yang mereka miliki binaannya sudah lebih, kita ingin memutihkan dan nak pastikan keadilan pada semua… siapa yang duduk rumah besar sikit dia bayar cukai lebih sikit.

“Kerajaan negeri tidak buat sebarang kenaikan walau satu sen pun, kita juga mahu elakkan denda yang sepatutnya dikenakan kepada pemilik rumah yang telah mengubahsuai rumah mereka tanpa kebenaran dalam tempoh pemutihan ini.

“Bermakna siapa yang mohon kebenaran sekarang walau rumah mereka sudah diubah suai, mereka tidak akan didenda dalam tempoh pemutihan ini sehingga hujung tahun, selepas daripada itu penguatkuasaan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Aminuddin turut mengumumkan pemberian insentif kepada atlet Sukma Perak yang akan disampaikan sebelum akhir Disember ini.

“Bagi pingat Emas RM4,000, Perak RM2,000 dan Gangsa RM1,000. Insentif pada kadar yang sama juga akan diberikan kepada atlet Sukan Asia dan Paralimpik Asia,” katanya. –BERNAMA

Tags: cukai taksiranubah suai rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025

Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025

09/12/2024
0

SHAH ALAM - Selangor akan menaikkan cukai taksiran sehingga 25 peratus berkuat kuasa 1 Januari depan selepas 20 tahun. IKUTI...

Denda Lewat Bayar Cukai Taksiran Penggal Kedua 2021 Dikecualikan

21/11/2021
0

SHAH ALAM: Kerajaan negeri memutuskan pengecualian denda lewat bayar cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Selangor bagi penggal kedua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd