• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Malaysia, Thai Usaha Selesai Isu Dwikerakyatan

oleh Cj Mnh
14/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Malaysia dan Thailand akan meningkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah orang yang mempunyai dwi kerakyatan Malaysia dan Thailand yang telah berlarutan sejak sekian lama .

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pemegang dwi kerakyatan Malaysia dan Thailand akan diminta memilih hanya satu kerakyatan sahaja.

“Kita (Malaysia dan Thailand) perlu bertegas dalam isu ini. Kita akan meminta mereka untuk membuat keputusan kerakyatan mana yang mereka hendak pegang, sama ada mereka gugurkan kerakyatan Malaysia atau Thailand,” katanya kepada media pada hari akhir mesyuarat ke-25 jawatankuasa bersama Malaysia -Thailand mengenai aktiviti jenayah, di sini hari ini.

Kedua-dua negara komited untuk mencari penyelesaian bersama dalam beberapa bulan akan datang, katanya sambil menambah Malaysia menghadapi “banyak masalah” berikutan isu itu.

Malaysia dan Thailand menurut Fuzi mempunyai persefahaman tentang perkara itu.

Turut serta dalam mesyuarat itu ialah rakan sejawatannnya dari Thailand Jen Chakthip Chaijinda.

Pihak berkuasa Thailand telah sejak sekian lama menuduh mereka yang mempunyai dwi kerakyatan terlibat dengan kegiatan jenayah terutama yang bersangkutan dengan konflik di selatan Thai.

Pemegang dwi kerakyatan itu didakwa lari ke Malaysia selepas melakukan perbuatan jenayah di selatan Thai.

“Mereka (dwi kerakyatan) juga lari ke Thailand apabila melakukaan jenayah di Malaysia. Begitulah sebaliknya,” kata Mohamad Fuzi.

Mengenai penjenayah Malaysia yang mencari perlindungan di Thailand, Ketua Polis Negara berkata Bukit Aman telah mengenalpasti mereka yang bersembunyi di negara jiran itu dan telah meminta kerjasama Polis Diraja Thai untuk mengesan dan menghantar mereka pulang ke Malaysia untuk tindakan undang-undang.

Polis Malaysia dan Thailand mempunyai kerjasama yang baik dalam hal ini, tegas beliau.

“Mereka (Polis Thai) pernah menghantar ramai (penjenayah pulang ke Malaysia). Ini merupakan operasi berterusan antara kedua-dua pasukan polis,” katanya.

Mengenai mesyuarat itu beliau berkata kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama termasuk penyeludupan di sempadan bersama, penyeludupan manusia, ancaman Daesh, Macau Scam dan lain-lain jenayah transnasional.

Polis Malaysia dan Thai bekerjasama rapat bagi menangani isu tersebut,

Sementara itu Chaktip mengakui kerjsama erat yang dihulurkan Malaysia dalam menangani isu dwi kerakyatan.

Beliau berkata mereka yang memegang dwi kerakyatan mempunyai identiti Thai dan Malaysia yang berbeza dan ini menyukarkan pihak berkuasa mengesan mereka bagi menyelesaikan isu itu sepenuhnya.

“Mereka mempunyai nama yang berbeza( di Malaysia dan Thailand). Kami hantar nama Thai (dwi kerakyatan) untuk pihak berkuasa Malaysia hantar mereka pulang, tetapi masih belum ditemukan. Inilah permasalahannya, tetapi kita harus cari jalan penyelesaian terhadap masalah itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: kerakyatanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd