• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontroversi Polis Evo 2 – Biar Penonton Nilai

oleh Ahmad Albab
14/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semakan semula kandungan filem Polis Evo 2 selepas karya kontroversi itu melalui prosedur kelulusan dua agensi kerajaan termasuk Lembaga Penapisan Filem (LPF) dianggap tidak adil.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Norman Halim berkata, langkah itu dikhuatiri boleh mewujudkan ketidaktentuan hingga menjejaskan pelaburan jangka panjang industri filem tempatan dan nasib pekerja sektor terbabit.

“Saya memohon kerajaan membuat ketetapan yang jelas bahawa filem Polis Evo 2 sudah mematuhi semua peraturan dan tidak dipertikaikan lagi untuk tayangan minggu hadapan.

“Untuk mewujudkan industri kandungan kreatif yang lebih kondusif dan mampan diterajui sektor swasta, persepsi negatif serta sekatan terhadap industri hiburan tempatan harus dikikis dan tidak lagi dipolitikkan oleh pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Norman mengulas laporan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan kononnya filem Polis Evo 2 dibintangi Shaheizy Sam dan Zizan Razak, memberi imej buruk kepada Islam.

Sejak beberapa hari lalu, perkongsian mendesak penonton memboikot filem Polis Evo 2 yang didakwa menampilkan imej umat Islam pengganas, tular di media sosial.

Filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu sudah memperoleh kelulusan tayangan mulai 22 November ini.

Norman berkata, pihaknya percaya filem Polis Evo 2 yang diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd sudah mematuhi garis panduan LPF selain proses pratonton yang 100 peratus sudah dilaksanakan.

Norman berkata, jika timbul pertikaian daripada mana-mana pihak yang belum menonton filem terbabit secara keseluruhan tetapi membuat andaian tertentu, biarlah penonton yang bijak menilaikannya.

“Adalah amat merisaukan penerbit yang lain, jika perkara begini sering berlaku dalam industri perfileman tempatan.

“Penerbit sudah mengeluarkan modal yang besar dan mempromosikan filem saat mula mendapat tarikh tayangan.

“Disebabkan ada pihak yang membuat komen dengan melihat treler filem, semua proses pengeluaran filem terganggu,” katanya. – BH ONLINE

Tags: LPFPolis Evo 2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Evo 2 Tidak Hina Islam – Mufti WP

20/11/2018
0

SELESAI... Kontroversi filem aksi Polis Evo 2 terbitan Astro Show dan diarahkan oleh Joel Soh dan Andrew Chiew akhirnya selesai setelah...

Polis Evo 2 Tiada Elemen Imej Buruk Agama Islam

14/11/2018
0

PUTRAJAYA - Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem 'Polis Evo 2' tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd