• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Evo 2 Tiada Elemen Imej Buruk Agama Islam

oleh
14/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem ‘Polis Evo 2’ tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk kepada agama Islam.

Dalam kenyataan hari ini,LPF berkata filem berbentuk fiksyen tersebut didapati tiada pencanggahan dengan mana-mana peruntukan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri.

“LPF telah menonton tapis filem ‘Polis Evo 2’ dan memberi keputusan Lulus Bersih dengan klasifikasi P13 untuk tayangan pawagam,”katanya.

LPF berkata demikian bagi mengulas isu filem tersebut yang didakwa memberi imej buruk kepada agama Islam oleh sesetengah pihak.

Filem tersebut memaparkan kisah dua orang anggota polis yang mengintip ketua sindiket pengedar dadah di sebuah pulau yang mana dalam operasi tersebut mereka terperangkap dengan insiden serangan kumpulan pengganas yang menawan dan menjadikan penduduk pulau tersebut sebagai tebusan.

“Secara keseluruhan filem itu mengisahkan tentang usaha pihak polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan menyelamatkan orang awam yang terlibat dalam insiden keganasan yang dipaparkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Polis Evo 2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Evo 2 Tidak Hina Islam – Mufti WP

20/11/2018
0

SELESAI... Kontroversi filem aksi Polis Evo 2 terbitan Astro Show dan diarahkan oleh Joel Soh dan Andrew Chiew akhirnya selesai setelah...

Kontroversi Polis Evo 2 – Biar Penonton Nilai

14/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Semakan semula kandungan filem Polis Evo 2 selepas karya kontroversi itu melalui prosedur kelulusan dua agensi kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd