• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Alternatif Atasi Kesesakan Di Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
14/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji untuk membangunkan jalan pintasan Cameron Highlands sebagai laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas serius di daerah itu khasnya semasa musim cuti.

Timbalan menterinya, Datuk Kamarudin Jaffar berkata cadangan jalan pintasan Cameron Highlands bagaimanapun perlu diteliti terlebih dahulu melalui kajian kebolehupayaan (feasibility study).

“Kajian ‘feasibility’ perlu dilaksanakan terlebih dahulu dengan mengenal pasti beberapa daya maju projek dan setelah kajian ini selesai kerajaan perlu memperuntukkan sumber kewangan untuk menampung kos projek ini.

“Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan projek naik taraf dan melebarkan jalan persekutuan FT 59 Jalan Ringlet ke Blue Valley.

“Kementerian Kerja Raya akan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengenal pasti peruntukan kewangan diperlukan supaya projek ini dijalankan sebelum 2020,” katanya menjawab soalan Datuk Sivarraajh Chandran (BN-Cameron Highlands) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Kamarudin berkata laluan persekutuan FT 59 merupakan satu-satunya jalan menghubungkan pekan-pekan utama di daerah Cameron Highlands – Ringlet, Habu, Tanah Rata, Brinchang, Teringkap, Kuala Terla, Kampung Raja, Blue Valley sehingga ke Simpang Pulai, Perak.

Laluan berkenaan telah sampai ke tahap kapasiti maksima dan tidak mampu menampung aliran trafik yang tinggi pada waktu hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti umum.

Selain itu, kementerian juga akan menilai semua perkhidmatan bas dengan kini hanya sebuah syarikat pengendali bas henti-henti di laluan Tanah Rata, Kampung Raja dan Blue Valley menawarkan perkhidmatan dengan 19 trip setiap hari yang digunakan purata 200 pengguna sahaja.

Di seluruh daerah hanya ada 151 permit teksi kereta sewa yang aktif beroperasi dan perkhidmatan e-hailing.

“Jelas peningkatan pengangkutan awam harus jadi sebahagian strategi menangani masalah lalu lintas di Cameron Highlands. Ini adalah alternatif bagi pengunjung untuk menggunakan pengangkutan awam.

“Punca kesesakan adalah daripada kereta-kereta pelancong yang mengunjungi daerah itu pada cuti umum dan cuti persekolahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Cameron Highlandsjalan alternatif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd