• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Gagal Ragut Wanita Di Kulim

oleh Ahmad Albab
14/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis berjaya menahan seorang daripada dua lelaki yang cuba meragut seorang wanita di Jalan Bukit Awi di Kulim, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz dalam perjalanan dari Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Kampung Padang Tembak, Kulim.

“Mangsa yang berseorangan menyedari dirinya diekori sebuah motosikal Honda EX5 yang ditunggang dua lelaki sebaik tiba di kawasan Petronas Taman Bersatu. Tiba-tiba beg galas mangsa direntap oleh salah seorang suspek dan menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Suspek menghayun belantan ke arah mangsa sebelum tali beg galas terputus dan suspek terus melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pada masa yang sama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, ASP Ahmad Shahir Adnan yang terlihat kejadian tersebut bertindak mengejar suspek dengan keretanya.

“Pegawai polis terbabit menghimpit motosikal suspek sebelum mereka terbabas dan cuba melarikan diri namun berjaya menahan salah seorang suspek manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

“Polis berjaya menemui semula beg galas milik mangsa manakala suspek yang berumur 25 tahun yang ditahan dibawa ke IPD Kulim dan usaha memburu seorang lagi suspek giat dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes ragutpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd