• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korban Meningkat 42 Orang Di California

oleh Ahmad Albab
14/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARADISE, California – Jumlah mangsa yang terkorban akibat kebakaran besar di California Utara mening­kat kepada 42 orang kelmarin, menjadikannya kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negeri Amerika Syarikat tersebut.

Beribu-ribu anggota bomba bertungkus-lumus pada hari kelima untuk mengawal kebakaran besar itu yang dikenali sebagai Camp Fire, di kawasan pergunungan Sierra Nevada, utara bandar raya Sacramento, manakala pasukan mencari meneruskan misi mencari mayat mangsa yang terkorban.

“Sehingga hari ini (kelmarin), tambahan 13 mayat manusia te­lah ditemui, menjadikan korban keseluruhan meningkat kepada 42 orang,” kata Syerif, Kory Honea pada satu sidang akhbar.

“Kebakaran itu adalah kebakaran hutan yang paling buruk dalam sejarah California,” tambahnya.

Meskipun agak sukar untuk disahkan berikutan simpanan rekod yang tidak konsisten, Camp Fire dipercayai kebakaran hutan paling dahsyat dalam tempoh satu abad di AS, sejak kebakaran dinamakan Cloquet Fire mengorbankan sekitar 1,000 orang di Minnesota pada tahun 1918.

Camp Fire merupakan gabungan beberapa kebakaran besar yang memaksa seramai 250,000 orang meninggalkan kediaman masing-masing di California ketika angin kuat selaju 100 kilometer sejam bertiup, mengakibatkan api mudah merebak.

Selain kehilangan nyawa, Camp Fire membawa kerosakan lebih besar berbanding mana-mana kebakaran lain dengan memusnahkan 6,500 kediaman di Paradise, melenyapkan bandar itu daripada peta.

Lebih 5,100 anggota bomba dari Washington dan Texas berusaha untuk mengawal api ketika pasukan penyelamat dibantu ahli antropologi dan makmal DNA untuk mengenal pasti identiti mangsa yang rentung. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: californiaKebakaran hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd