• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Rombak Kabinet Jika Ada Keperluan

oleh Ahmad Albab
14/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersikap terbuka untuk melakukan rombakan Kabinet sekiranya menerima pencalonan baru daripada PKR yang selesai mengadakan pemilihan parti tempoh hari.

Bagaimanapun, dalam temu bual dengan The Straits Times, Singapura semalam, beliau menegaskan kata putus adalah budi bicaranya kerana selaku Perdana Menteri, berhak memilih anggota Kabinet yang beliau selesa bekerja bersama.

“Mereka boleh mencalonkan nama, mengemukakan hujah mereka, namun saya mempunyai pandangan tersendiri kerana pada dasarnya, saya memerlukan orang yang saya selesa bekerja bersama.

“Jadi, sama ada saya menerima calon mereka bergantung kepada budi bicara saya. Walaupun PKR adalah parti terbesar (dalam PH), tidak banyak perbezaan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi PKR, DAP dan parti saya sendiri (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan melanjutkan tempoh jawatannya sebagai Perdana Menteri berikutan ada permintaan daripada pihak tertentu, Mahathir berkata beliau sendiri tidak tahu berapa lama boleh bertahan.

“Saya sekarang sudah berusia 93 tahun, dua tahun lagi sudah 95 tahun dan saya rasa usia sebegini tidak begitu sesuai untuk menghadapi tekanan kerja (sebagai Perdana Menteri),” katanya.

Berhubung jaminan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 bahawa beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Mahathir berkata beliau akan penuhi janji itu.

Bagaimanapun, jelas beliau, janji itu hanya dibuat kepada parti yang diwakili Anwar iaitu PKR dan tidak babitkan rakyat secara umum kerana dalam amalan demokrasi, rakyat berhak menentukan pemimpin mereka dan atas dasar itu, pemilihan pemimpin adalah hak rakyat bukan hak parti.

“Rakyat ada pandangan mereka sendiri, dalam erti kata lain, sebagai sebuah negara demokrasi, kita perlu mendengar pandangan rakyat, hanya mereka berhak menentukan siapa pemimpin yang mereka mahukan,” katanya.

The Straits Times turut melaporkan, walaupun Anwar menang jawatan Presiden PKR tanpa dicabar, pemilihan parti bagi pelbagai jawatan lain menyaksikan pertarungan sengit yang turut menyaksikan kem penyokong Ketua Umum PH itu dikalahkan. – BH ONLINE

Tags: kabinetTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd