• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang BRT Laluan Sunway Bakal Turun 20%

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar tambang untuk perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway akan diturunkan sebanyak 20 peratus mulai 1 Disember ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Katanya insentif pengurangan tambang itu diharap dapat memberi impak positif kepada jumlah pengguna perkhidmatan BRT di samping menjadi galakan kepada penumpang setia untuk terus menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Diskaun 20 peratus ini diberikan kepada penumpang yang membayar tunai menggunakan token perjalanan dan bayaran tanpa tunai kerana purata pengguna kedua-dua mod pembayaran ini adalah tinggi iaitu sebanyak 75 peratus berdasarkan kepada statistik pada bulan Oktober 2018,” katanya pada sidang media selepas melawat perkhidmatan BRT Laluan Sunway di ibu pejabat BRT Sunway Line di sini, hari ini.

Pada lawatan yang berlangsung lebih satu jam itu, Loke diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah serta Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah.

Secara purata, perkhidmatan BRT Laluan Sunway mencatat bilangan penumpang melebihi 11,000 orang sehari pada hari bekerja dan lebih 250,000 penumpang sebulan.

Menurut Loke, dengan pelaksanaan tambang baharu itu, Prasarana menyasarkan kenaikan penumpang sebanyak 22 peratus.

Mengulas lawatannya hari ini, Loke berkata ia bertujuan meninjau sendiri operasi perkhidmatan BRT Laluan Sunway dan mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh operasi BRT dalam aspirasi untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berkelas dunia.

“Antara sebab lawatan saya hari ini adalah untuk mendapat maklumat penuh terhadap maklum balas penumpang yang menyatakan harga tiket bagi perkhidmatan BRT adalah tinggi.

“Namun, daripada penerangan yang diberikan oleh pihak Prasarana dan Rapid Bus, kadar tambang ini adalah berdasarkan kepada kos operasi mengendalikan perkhidmatan ini khususnya dalam pematuhan kepada elemen-elemen teknologi hijau dan setaraf dengan negara-negara maju,” katanya. – BERNAMA

Tags: BRTtambang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gesa Tukar Projek LRT Ke BRT

Gesa Tukar Projek LRT Ke BRT

13/07/2022
0

GEORGETOWN - MCA Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri agar menukar projek Transit Aliran Ringan (LRT) kepada Transit Aliran Bas (BRT)...

Tambang Percuma MRT, LRT Selama Sebulan

16/06/2022
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd