• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Myanmar Patut Contohi Malaysia Layan Orang Asing

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Myanmar sepatutnya mencontohi Malaysia yang menerima orang asing apabila ia mencapai kemerdekaan 61 tahun lepas, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Rohingya perlu dilayan sebagai rakyatnya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2018, yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-3 di sini pada Selasa.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya apakah yang perlu dilakukan ASEAN yang dianggotai 10 negara itu bagi membantu masyarakat Rohingya.

“Cuba anda lihat, ketika Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, kami mempunyai orang berketurunan asing. Kami terima kesemua mereka. Kini mereka menjadi warganegara. Mereka memainkan peranan dalam politik negara kami.

“Mereka hidup dengan bebas. Mereka tidak ditahan. Mereka tidak ditahan kerana bangsa atau sebagainya. Mereka mungkin ditahan kerana melakukan perkara yang salah, tetapi bukan kerana perbezaan kaum,” katanya.

Dr Mahathir, 93, yang merupakan ketua kerajaan paling berusia pada sidang kemuncak berkenaan, berkata ASEAN mahu isu Rohingya diselesaikan dan masyarakat itu kembali menjadi sebahagian daripada Myanmar.

Ditanya penilaian beliau tentang cara Myanmar menangani isu Rohingya, terutama oleh pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi, Dr Mahathir berkata: “Kami amat kecewa kerana seseorang yang pernah ditahan sepatutnya tahu tentang erti penderitaan. Nampaknya Aung San Suu Kyi cuba mempertahankan apa yang tidak boleh dipertahankan.

“Mereka sebenarnya menindas orang ini hingga ke peringkat membunuh mereka… membunuh secara beramai-ramai…dikuburkan di dalam lubang yang mereka gali sendiri…perbuatan seperti itu mungkin relevan pada zaman kuno, tetapi tidak pada zaman moden ini,” kata Dr Mahathir.

Kini, lebih 100,000 pelarian Rohingya berada di Malaysia tetapi bukan kesemua mereka berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR).

Menurut laporan, kira-kira 700,000 anggota masyarakat Islam minoriti Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos lepas berikutan tindakan keras tentera Myanmar yang disifatkan Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai “pembersihan etnik”. – BERNAMA

Tags: keturunan asingMyanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd