• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Khidmat Polis Ketika Anjur Program Sekolah

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menyarankan agar pihak sekolah meletakkan kawalan anggota polis di kawasan sekolah terutama ketika menganjurkan program yang terbuka kepada orang awam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri Aminolhuda Hassan berkata langkah itu penting untuk mengekang kejadian yang tidak diingini berlaku, sekali gus mewujudkan persekitaran yang selamat.

“Kita mahu pihak sekolah bukan sahaja meletakkan anggota RELA dalam program anjuran mereka tetapi juga pihak polis kerana mereka dapat bertindak mengikut kuasa yang ada pada mereka.

“Program yang dianjurkan pihak sekolah kadangkala melibatkan orang ramai dan jumlah yang tidak dapat dijangka. Sekurang-kurangnya ada tiga atau empat anggota polis perlu mengawal setiap pintu masuk sekolah atau ada pantauan kereta peronda,” katanya selepas meninjau proses peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kejadian pergaduhan ​​​​​​​dipercayai melibatkan dua kumpulan kongsi gelap semasa program jualan amal di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dekat Skudai yang turut menyaksikan kematian seorang lelaki dua hari lepas.

Aminolhuda berkata beliau juga akan memastikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengambil serius saranan berkenaan untuk meletakkan anggota polis itu dan mahu ia dikaji untuk dijadikan sebagai suatu dasar.

“Saya juga ingin menyeru persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) (di kawasan sekolah) sebagai langkah berjaga-jaga,”​​ ​​​​​​​katanya.

Berhubung kejadian pergaduhan itu, Aminolhuda berkata pihak JPNJ dan PPD Johor Bahru sudahpun mengadakan suatu pertemuan bersama pihak sekolah dan pelajar baru-baru ini.

“Ada pelajar yang trauma melihat kejadian itu, justeru itu satu pertemuan dengan pelajar dan juga ibu bapa telah dilakukan.

“Beberapa guru bimbingan dan kaunseling juga telah ditempatkan di sekolah berkenaan bagi memulihkan semula semangat mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: polisSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd