• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Penumpang Cedera Bas Ekspres Langgar Treler

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai sembilan penumpang dan seorang pemandu bas ekspres cedera selepas bas dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 95, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata pada kemalangan pukul 1.15 pagi itu, mereka yang cedera terdiri daripada lima penumpang wanita dan empat lelaki termasuk dua warganegara Nepal.

Kemalangan juga menyebabkan pemandu dan kelindan treler yang membawa muatan minyak pelincir cedera ringan di kepala dan kaki.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas yang membawa 25 penumpang dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di ibu negara ke Kuantan dipercayai gagal mengawal kenderaannya.

“Ia menyebabkan bas itu melanggar belakang treler yang juga menghala ke arah Kuantan, yang semasa itu berada di lorong kanan jalan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Zundin menambah semua mangsa yang cedera hanya mengalami kecederaan ringan seperti patah gigi, bengkak di beberapa anggota badan dan luka di bibir serta kepala.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

Beliau menambah polis juga mengambil sampel air kencing pemandu bas berusia 34 tahun dan pemandu treler berusia 49 tahun manakala kedua-dua kenderaan terlibat dibawa ke Puspakom Temerloh untuk pemeriksaan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: bas ekspreskemalangan bas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd