• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stadlen Tinggalkan Malaysia Sebelum PRU14

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Urusan Apco Worldwide Malaysia, Paul Geoffrey Stadlen yang dicari bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia DeveIopment Berhad (1MDB) telah meninggalkan Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) Mei lalu.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

“Memang betul dia sudah meninggalkan Malaysia sebelum PRU14,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Akhbar antarabangsa, The Daily Mail melaporkan Stadlen, 39, dipercayai terbang ke London sebelum ke lokasi lain yang tidak diketahui.

Menurut laporan itu, dia didakwa melarikan diri dari negara ini dan kemungkinan terbang ke London namun tidak menyatakan waktu Stadlen keluar dari negara ini.

Pada 1 Nov lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dilaporkan berkata SPRM sedang mencari Stadlen bagi membantu siasatan kes berkaitan 1MDB.

Mohd Shukri berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengesan Stadlen.

Lelaki warga Britain itu beralamat terakhir di Unit A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: 1MDBSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd