• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura, Malaysia Sedia Bincang Perjanjian Air 1962

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura dan Malaysia telah menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan perbincangan lanjut untuk lebih memahami kedudukan masing-masing dalam Perjanjian Air 1962, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar republik itu.

Kementerian itu berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai perbincangan antara Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.

“Kedua-dua pihak menyatakan pandangan mereka yang berbeza mengenai hak untuk mengkaji semula harga air di bawah Perjanjian Air 1962,” kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, Dr Mahathir mendedahkan bahawa Perjanjian Air 1962 merupakan satu daripada perkara yang dibangkitkan semasa pertemuan dua hala antara beliau dan Lee.

“Kami telah membangkitkan beberapa isu sebelum ini yang dianggap sebagai kontroversi,” kata Dr Mahathir kepada sekumpulan media Malaysia pada Isnin.

“Saya berpendapat saya perlu menyatakan pendirian kita tentang perkara itu. Saya rasa dari setiap segi, beliau (Lee) agak mudah berurusan. Beliau mendengar pandangan saya dan saya rasa beliau lebih bersikap terbuka untuk membincangkan perkara ini berbanding sebelum ini… sebelum ini, mereka hanya menolak semua usaha untuk mengadakan perbincangan semula,” katanya.

Ketika diminta mengulas sama ada Singapura bersetuju untuk menyemak semula harga semasa, Dr Mahathir berkata: “Mereka tidak menyatakan bahawa mereka bersetuju, tetapi sekurang-kurangnya mereka kelihatan bersedia untuk menyatakan pandangan mereka dan bagi kami untuk menyatakan pandangan kami.”

Mengenai langkah berikutnya, Dr Mahathir berkata beberapa pegawai (dari kedua-dua negara) akan bertemu dan berbincang (mengenai perkara itu).

Perbincangan dua hala itu merupakan yang pertama buat kedua-dua pemimpin berkenaan. Ia diadakan di The Istana di sini pada Isnin.

Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan yang luas mengenai isu dua hala dan serantau semasa mesyuarat itu. – BERNAMA

Tags: MalaysiaPerjanjian AirSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd