• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Varieti Pokok Durian Baru Tarikan Utama Di MAHA 2018

oleh Cj Mnh
12/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak pokok durian Jantung Gold dan Nanas MD2 bakal menjadi tarikan utama di Castle of Fruit Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sepanjang berlangsungnya penganjuran Ekspo Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) yang bermula dari 22 Nov hingga 2 Dis di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor.

Pengerusi FAMA Ishak Ismail berkata, dua produk tersebut dilihat berpotensi dalam pertanian pada masa depan berdasarkan permintaan benih dan anak pokok yang tinggi oleh pengusaha yang berminat mengusahakannya dari seluruh Malaysia.

“Bagi pokok durian Jantung Gold, ia adalah varieti baru yang belum didaftarkan di mana kita memperolehinya daripada usahawan dari Kuala Kangsar dengan kerjasama pihak MARDI.

“Kita lihat varieti baru pokok durian yang buahnya berbentuk jantung ini, kualitinya sangat baik malah berpotensi menembusi pasaran seperti Durian Hitam dan Musang King,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ishak berkata, Nanas MD2 pula dibawa khas memandangkan ia merupakan varieti nanas yang paling popular buat masa ini dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa.

“Pada pameran kali ini, kita sasar membawa sebanyak 100 tan metrik nanas MD2 dari Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor di samping 11,111 varieti pokok buah-buahan, sayuran dan tanaman lain di tapak Castle of Fruit FAMA.

“Kita berharap dua produk tersebut termasuk kelapa yang menjadi ikon utama FAMA di MAHA 2018 kali ini akan memberi inspirasi kepada pengusaha dan usahawan tani menerokai potensi tanaman ini tempat mereka dan mengusahakannya secara komersial,” katanya.

Dalam pada itu, Kokedama atau Japaness Moss Ball yang merupakan salah satu teknik tanaman yang popular di Jepun juga akan turut dipamerkan di Castle of Fruit FAMA yang dijadualkan berlangsung di Laman Tiba 2, MAEPS, Serdang dengan menawarkan 100 lot jualan Segar, Florikultur dan Input Pertanian. – BERNAMA

Tags: MAHA 2018pokok durian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAHA 2018 Lanjut Masa Operasi Beberapa Pameran, Tarikan

25/11/2018
0

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) melanjutkan masa operasi beberapa tapak pameran dan tarikan...

MAHA 2018 Pamer Inovasi Terbaharu Industri Pertanian

23/11/2018
0

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2018) bermula hari ini hingga 2 Disember, menampilkan kelainan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd