* Kesudian kerajaan dan SKMM menilai harga ini memanglah baik tetapi lihat juga dari aspek kualiti internet di negara ini yang begitu buruk dan ketinggalan.
Baca pendedahan Mynewshub sebelum ini berhubung isu berkaitan:
Tinjauan: 98% Setuju Syarikat Telco Negara Ini Kuat Menipu!
Senarai Penipuan Telco Yang Didedahkan PPIM
Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu – PPIM
Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan kajian ke atas caj pakej jalur lebar yang dikenakan syarikat telekomunikasi ke atas orang ramai.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata, syarikat telekomunikasi wajar menawarkan pakej jalur lebar pada harga yang lebih rendah bagi mengurangkan beban rakyat dan memastikan golongan berpendapatan rendah tidak ketinggalan dalam era digital.
“Kadar harga jalur lebar yang berpatutan akan mewujudkan lebih banyak permintaan untuk kandungan lantaran merangsang pertumbuhan industri kandungan tempatan.
“SKMM akan melaksanakan kajian semula terhadap kadar runcit dan akan bekerjasama dengan pihak industri bagi membangunkan harga pakej jalur lebar yang berpatutan demi manfaat jangka panjang pengguna,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 12 Februari lalu yang menyarankan syarikat telekomunikasi menawarkan pakej jalur lebar pada harga yang lebih rendah agar lebih ramai boleh menikmati perkhidmatan tersebut.
Ahmad Shabery berkata, kos pengendalian telekomunikasi telah menurun berikutan syarikat seperti Telekom Malaysia dan Time Dotcom menjual gentian optik secara borong kepada syarikat telekomunikasi dengan harga yang lebih rendah.
Halim turut memaklumkan SKMM bercadang mengadakan siri perbincangan dengan pihak industri pada suku kedua tahun ini mengenai kawal selia harga runcit bagi memastikan peraturan-peraturan adalah selaras dengan perkembangan semasa. - MYNEWSHUB.CC

