• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zunar Fail Saman Terhadap Pegawai Penyiasat, KPN, Kerajaan

oleh Cj Mnh
12/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kartunis Zulkiflee SM Anwarul Haque atau Zunar hari ini memfailkan saman terhadap seorang pegawai penyiasat, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia berhubung rampasan 10 buah lukisan hasil lakarannya dalam sebuah pameran di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), dua tahun lalu.

Zunar memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini hari ini menerusi Tetuan Amareson & Meera.

Dalam saman itu, Zunar yang hadir di mahkamah, menamakan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Bahagian Siasatan Jenayah Timur Laut Pulau Pinang ASP Rusli Tipu sebagai defendan pertama, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua serta ketiga.

Menerusi pernyataan tuntutan, kartunis itu mendakwa defendan-defendan (dan/atau ejen-ejen mereka) pada 26 Nov 2016, tanpa ada sebab atau tujuan munasabah, telah menyerbu pameran di Komtar dan menyita 10 panel daripada hasil lukisan serta menahannya secara paksa.

Pelukis itu selaku plaintif berkata pada 2016, beliau telah diberikan anugerah berprestij “Anugerah Kartunis untuk Keamanan 2016″ dan dijemput untuk mempamerkan hasil-hasil kerjanya di Festival Sastera George Town 2016.

Plaintif mendakwa penyitaan hasil-hasil lukisannya adalah menyalahi undang-undang dan penahanan secara paksaan telah menyebabkan pameran tersebut ditutup.

Zunar yang diwakili peguam Cecil Rajendra turut mendakwa gangguan kepada pameran terbabit dan penahanan beliau telah menyebabkan kesakitan peribadi terhadapnya selain penderitaan malu serta kehilangan sumber pendapatan.

Sehubungan itu Zunar menuntut daripada defendan pemulangan 10 panel daripada hasil lukisan tersebut yang disita, RM380,000 secara pampasan dan ganti rugi bagi kesemua stress (tekanan), penghinaan, malu dan kesakitan yang dialaminya.

Plaintif turut memohon ganti rugi am, teladan, keterlaluan serta permohonan maaf secara terbuka daripada Polis Diraja Malaysia berkenaan tindakan mereka yang tiada justifikasi dan tidak wajar terhadap plaintif dan kos.
– BERNAMA

Tags: fail samanKartunis Zunar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Karya Zunar Sindir Kerajaan PH

10/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi pelantikan peguam, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menarik perhatian kartunis...

Saman Zunar Terhadap PDRM, Kerajaan Selesai

18/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Kes saman kartunis Zunar terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia berhubung penahanan secara salah serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd