• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketepikan Sentimen Balas Dendam Ketika Bahas Belanjawan 2019

oleh
12/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua Anggota Parlimen perlu mengetepikan sentimen balas dendam dan serangan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 bagi kebaikan semua pihak, kata Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata semua Anggota Parlimen harus positif semasa perbahasan kerana Belanjawan 2019 itu dianggap amat penting bukan hanya kerana ia belanjawan julung kerajaan baharu, tetapi juga impak kepada ekonomi negara memandangkan ramalan ekonomi yang malap dijangkakan pada tahun depan.

“Saya ingin mengambil peluang untuk mengajak YB (Yang Berhormat) baik daripada rakan pembangkang mahupun kerajaan, agar perbahasan pertama dalam Malaysia baharu ini bersemangat positif, berintikan idea bernas dan bukannya didorong semangat balas dendam dan berintikan serangan kerana akhirnya perbahasan ini adalah untuk kebaikan semua,” katanya pada perbahasan peringkat dasar di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, kegusaran terhadap ramalan ekonomi yang malap bukan hanya dirasakan oleh rakyat biasa dan syarikat swasta, tetapi juga dikongsi badan-badan ekonomi antarabangsa,” katanya

“Sebagai rekod, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka berkembang 3.7 peratus pada 2018 dan 2019, lebih rendah daripada unjuran awal Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu 3.9 peratus.

Prospek pertumbuhan global dijangka lebih rendah berikutan keadaan kewangan yang ketat, ancaman perdagangan yang meningkat dan ketegangan geopolitik,” katanya.

Pada 2 Nov lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM314.5 bilion untuk Belanjawan 2019 berbanding RM209.4 bilion pada Bajet 2018.

Daripada jumlah tersebut, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

28/07/2026
0

SEREMBAN - Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Sembilan pada tahun 2025...

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru  Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

03/07/2026
0

PONTIAN - Bekas Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru pengundi Melayu hanya mengundi calon Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd